"Hayfa,maafkan nenek.." ujar Puan Fauziah disaat cucunya itu bersalaman dan memeluknya.
Berkerut sedikit dahi anak muda itu.Apa sudah terjadi pada neneknya itu?
"Nenek tak de salah pada Hayfa.Hayfa je yang.."
"Tak,Hayfa.Nenek ada salah pada kamu.Nenek berat sebelah pada keluarga kamu.." pintas Puan Fauziah sebelum anak muda itu menghabiskan kata-kata.
Hayfa Natalia tersenyum.
"Mak,ayah.Kami balik dulu lah.Takut jammed pula.." ujar Puan Farah.
"Ye lah,hati-hati.." kata Encik Ahmad pula.
***
Hayfa Natalia dan Zariel Iqbal melangkah keluar dari kereta apabila tiba di perkarangan rumah mereka.
"Mama tak singgah dulu?" ujar Zariel Iqbal apabila mamanya keluar dari kereta dan menuju ke arah tempat pemandu.
"Tak nak lah.Mama nak balik terus.." balas Puan Farah.
Sempat dia memandang Hayfa Natalia.
"Okay.Mama drive elok-elok.Zara,kau jaga mama.Kirim salam pada papa nanti.." sempat Zariel Iqbal menyampaikan beberapa pesanan sebelum dia menyalam mama kesayangannya.
Hayfa Natalia turut menyalam Puan Farah selepas itu.
Puan Farah segera melepaskan tangannya.Hayfa Natalia sedikit terasa dengan perangai Mak Sunya.Walaupun sudah biasa,dia tetap terasa.
Zara Ilyana hanya memerhati.Kemudian dia menyalam abangnya dan kakak iparnya itu.
Setelah itu,mereka masuk ke dalam rumah.Zariel Iqbal merehatkan dirinya dengan duduk di sofa.
Hayfa Natalia terus beredar naik ke bilik.Selesai sahaja membersihkan diri,dia turun ke bawah.
Kelihatan Zariel Iqbal sedang lena di sofa.Nampak benar lelaki itu penat.Ye lah,lelaki itu yang memandu tadi.
Perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu.Agak lama dia menatap wajah lena Zariel Iqbal.
"Kalau lah kita boleh jadi macam dulu.Kan best?Ni tak.Asyik jumpa je gaduh.Ni semua sebab mama kau.Kalau bukan sebab perangai Mak Su,kita mesti tak jadi macam sekarang ni.." ujarnya sendirian.
Zariel Iqbal mula bergerak-gerak.Hayfa Natalia mula cuak.Takut apa yang diperkatakan tadi,didengari lelaki itu.
Boleh jadi tambah masalah ni!
Dia memberanikan dirinya melayang-layangkan kelima-lima jarinya ke muka lelaki itu.
Nampak gayanya lelaki itu benar-benar lena.Fuh,selamat!Dia tersenyum sendirian.
Dia membiarkan lelaki itu.Dia menuju ke dapur.Peti sejuk dibuka.
***
"Arrrrhhhh!"
Sedang dia syok makan mee segera di dapur,keadaan jadi gelap gelita tiba-tiba.Apa lagi?Menjerit lah Hayfa Natalia.
"Zariel!Kau kat mana?!"
Hayfa Natalia sudah meraung memanggil nama Zariel Iqbal yang sedang di mana pun dia tidak tahu.
Sudahlah fonnya tidak ada dengannya sekarang.Dia sekarang sedang kejung di dapur itu.
Zariel Iqbal yang sedang menuruni anak tangga bersama cahaya di fonnya terdengar suara orang sedang menangis.
Langkah diatur ke arah dapur.Dia menyuluh ke arah itu.Kelihatan Hayfa Natalia sudah duduk di lantai bersama tangisan.
"Kau nangis ke,Hayfa?"
Kedengaran tawa dari Zariel Iqbal.
"Diam lah!"
"Alaaa,dah takut tu mengaku je lah.."
Zariel Iqbal masih galak mengusik gadis itu.Terasa lucu sangat-sangat.Ingatkan berani.Rupanya penakut.
"Ish!Kau kalau tak nak tolong,tak payah lah ejek aku.Ye,aku nangis!Aku takut!" ujar Hayfa Natalia geram.
"Lek arhh.Blackout je pun.."
"Tak kisah lah apa pun.Aku still takut!Zariel,kau jangan tinggal aku!"
"Okay,fine!Bangunlah,Hayfa.Kau duduk kat lantai macam tu buat apa?Tak ubah apa-apa pun.." kata Zariel Iqbal sambil menghulurkan tangannya.
Hayfa Natalia segera menyambut huluran tangan itu.
"Cengeng.." usik Zariel Iqbal lagi.
Mereka duduk di meja kecil yang tersedia di dapur itu.
"Disebabkan aku dah tolong kau,maggie ni aku punya.."
Laju tangannya mengambil mangkuk gadis itu.Dengan penuh selera dia menikmati mee segera itu.
Hayfa Natalia hanya membiarkan.
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
General FictionFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...