The Darkest Nightmare | BLURB

5.2K 493 21
                                    

"You can't escape Destiny."

Hikayat ini mengisahkan tentang Jane Wafrah, seorang gadis muda bermata cantik dan unik dek menghidap Heterochromia.

Hikayat bermula pada hari lahirnya yang ke-16, dia bermimpi masuk ke dalam satu kerajaan bersejarah, Hydra Isle. Di alam sana, dia bertemu Ian Indra, seorang putera yang bakal mewarisi takhta.

"Kau cacat eh? Mata kau memang macam tu ke?" -Prince Ian Indra.

Terjaga sahaja dari tidurnya, Jane kembali ke alam realiti. Namun, apabila tidur seterusnya, mimpinya akan terus bersambung. Seolah-olah dia mempunyai dua kehidupan, satu kehidupan realiti satu kehidupan fantasi.

"Berdekad lamanya kami menunggu kau. Sekarang, kau sudah disini. Selamatkan kami. Selamatkan kita," -The Old Man.

Seperti yang Jane sangkakan, tersesat rohnya disini kerana ada 'sesuatu' yang perlu dia lakukan. Kata orang tua itu, dia perlu pastikan susur sejarah berada pada garisnya dengan sempurna. Kalau tersilap, berkemungkinan masa depan akan hancur. Makna disini, kehidupan realitinya.

"Aku nak balik. Aku nak hidup lama aku, tolonglah..." -Jane Wafrah.

Tanggungjawab itu nampaknya tidak mudah. Ada perasaan, hubungan dan nyawa yang perlu dikorbankan.

Setelah menelaah sejarah tentang kerajaan itu yang diabadikan dalam sebuah buku pelajaran, lagilah dia rasa terbeban!

"Kalau aku lamar kau jadi permaisuri aku, kau sudi?" -Prince Ian Indra.

Ini satu kesilapan besar, pangkat permaisuri itu bukan ditakdirkan untuknya. Namun Jane juga ada perasaan yang sama.

Bagaimana?

Korbankan perasaan dan selamatkan masa hadapan, ataupun terima lamaran dan melihat ngerinya kehancuran?

***

16/11/2021.

Latest update: I decided to edit the storyline again. Sucks being insecure.
27/12/2022.

Latest update: I did it again. Rasa nak edit sebab tak cukup bagus.
14/2/2023.

The Darkest NightmareWhere stories live. Discover now