BAB 1

33 0 0
                                    

2011

"Perhatian kepada pelajar yang bernama Nurul Hani binti Norman, sila datang ke pejabat am sekarang juga."

Dia yang disebut namanya itu memandang pelajar lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya.

"Tak pernah nama kau kena panggil ni. Kenapa eh?" ujar Jeffery. Berasa pelik.

"Sama la. Ehh, aku pergi dulu tau." balas Hani lalu bangkit setelah mengemas buku-bukuya di atas meja.

Jeffery mengekori langkah Hani yang keluar dari kelas mereka dengan pandangan matanya sehingga pelajar perempuan itu hilang dari pandangan.

Lalu dia kembali membaca bukunya.

Lima belas minit kemudian dia mendengar langkah Hani masuk kembali ke dalam kelas. Dia menoleh.

Wajah pelajar perempuan itu kelihatan sugul.

"Kenapa?" tanya Jeffery sebaik sahaja Hani tiba di meja mereka.

Dan kelihatan pelajar perempuan itu sedang mengemas beg sekolahnya.

"A-aku ada hal, aku kena balik awal hari ni." balas Hani lalu tanpa memandang Jeffery, dia berpaling dan terus melangkah.

Jeffery bangkit dari kerusinya dan memandang Hani yang tiba-tiba sahaja berubah moodnya. Dahinya berkerut.

"Kenapa tu?" tanya Kun, yang kini berdiri di sebelah Jeffery.

Jeffery memandang rakan sekelasnya itu lalu mengangkat bahunya.

"Entah. Nanti aku wasap dia bila dah balik. Pelik." ujar Jeffery.

Hani jarang berkelakuan begitu kerana dia seorang yang cerita dan sentiasa menebar kegembiraan ke orang-orang sekeliling.

Apa yang terjadi kepadanya?










teaspoonheartteaspoonheart








Hani memandang telefon bimbitnya dengan pandangan kosong. Wasap dan panggilan dari Jeffery tertera pada skrin telefonnya.

Fikirannya kacau. Dia buntu. Dan jika pelajar lelaki itu bertanya, dia tidak tahu apa yang hendak dia katakan sebagai jawapan.

Dia mematikan telefon bimbitnya lalu meraup wajahnya yang sembam. Matanya bengkak.










teaspoonheartteaspoonheart









Akhirnya setelah tiga hari Hani tidak hadir ke sekolah, hari ini dia melihat wajah yang dirinduinya itu.

"Hani!" Jeffery berlari-lari anak mendekati pelajar perempuan itu.

Hani tersenyum kecil. Jeffery...

"Kau okey tak? Aku wasap, call, kau tak balas pun." Jeffery bukan mahu merungut tetapi dia risau.

"Sorry. Ehh, jomlah, perhimpunan dah nak start." balas Hani.

Jeffery memandang Hani dengan rasa kurang enak bersarang di hatinya. Dia yakin pasti ada sesuatu berlaku dan Hani merahsiakan itu darinya!








teaspoonheartteaspoonheart








"Dua bulan lagi kita SPM, kan?" ujar Hani.

Saat itu mereka sedang makan di ka tin sekolah.

Jeffery mengangguk.

"Kita sama-sama nak dapat keputusan cemerlang, kan? Kalau tak dapat, kita sambung tingkatan enak je." balas Jeffery.

TEASPOON HEARTWhere stories live. Discover now