42(LAST)

483 50 28
                                    

"Aerin!"
"Ye Aerin"

Jaemin dia mendekat kearah Aerin yang sudah terbaring lemah itu. Rambut Aerin ditarik olehnya. Senyumanya masih ada.

"Nak tahu kenapa dia pun terbabit?"

Hana hanya diamkan dirinya sahaja. Tidak membalas .

"Sebab, dia tahu rancangan aku"
"Lepaskan Hana"
"Apa dia? Aku tak dengar"
"Lepaskan Hana lah Bodoh!"

Jaemin tergelak mendengar balasan Aerin. Lepaskan Hana? Memang tidaklah dia mahu melepaskan Gadis itu.

"Tahu kenapa aku culik kau? Sebab kau pemegang terakhir dalam harta dan wasiat Lee. Selesai sahaja Bunuh kau. Dum, kesemuaan harta jatuh pada aku"
"Gile, kau gile! Kau tu cuma tumpangan dalam keluarga lee"
"Sebab itulah aku mahu buat cara tumpangan aku. Tapi bukan tumpangan, ia adalah Pencerobohan"

Kerusi kosong itu ditarik dan dia duduk dihadapan Hana.

"Kau mahukan harta semua tu? Ambil..aku sendiri tidak mahu! Lepaskan aku dengan Aerin"
"Kau fikir aku percaya? Lepaskan kau buatkan rancangan aku musnah"

Pistol diatas meja diambil, satu persatu peluru dimasukkan.

"Ja-jaemin, berhenti. Kau sedar tak apa yang kau buat ni?"
"Ye aku sedar, kenapa?"
"Kau lupa apa yang Jeno dah buatkan untuk kau?"
"Diam"
"Kau sia sia kan apa yang dia buat untuk kau, selamatkan kau, lepaskan hak dia untuk kau dan selalu ada bersama dengan kau"
"DIAM AKU KATA!?"

Perut Aerin disepak kuat oleh dirinya. Picu pistol diletakkan diatas kepala Aerin.

"Aku benci bila kau babitkan Abang aku dalam hal ni"
"Abang? Kau baru nak mengaku dia itu abang kau? Tch, kau ni memang seperti orang lupa daratanlah. Adik mana yang sanggup bunuh abang sendiri?"
"Kau diam"
"Baik..aku diam, sebab tugas aku dah selesai"
"Apa maksud kau?"

Aerin dia hanya tersenyum sinis sambil memandang kearah Jaemin. Darah ditepi bibirnya itu segera dilapkan.

"NA JAEMIN! ANDA DIHENDAKI BERSALAH, SILA TURUNKAN SENJATA ANDA DAN LETAKKAN KEDUA BELAH TANGAN ANDA DIKEPALA"

Dirinya sudah dikepung oleh pihak polis. Sejak dari awal lagi dia sudah dilengahkan oleh Aerin. Dia sendiri dipermainkan oleh gadis dihadapannya itu.

[C] 𝑰𝑵𝑻𝑹𝑼𝑫𝑬𝑹 | 재민  [Jaemin]Where stories live. Discover now