× 23 ×

633 126 92
                                    

    

       Aku gosok mata aku berulang kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


       Aku gosok mata aku berulang kali. Eh, sumpahlah Jaehyuk ada depan mata aku sekarang? Takkanlah kan?

      Dia kan demam, dengan panas macam ni takkanlah dia nak terpacak bawah cahaya matahari terik ni. Mestilah tak larat.

       Tak cukup dengan itu, aku tampar muka aku sendiri sebab nak yakinkan diri aku yang aku ni hanya berimaginasi je.

       Sehinggalah satu tangan menahan tangan aku daripada terus tampar diri sendiri.

       "Kenapa awak tampar muka awak? Tak sakit ke?" kata Jaehyuk. Tiba-tiba tangan aku jadi lemah bila tengok dia betul-betul depan mata aku.

        Dia usap pipi aku yang aku tampar dari tadi. Okay sekarang pipi aku merah bukan sebab sakit, tapi malu.

        Apahal Jaehyuk suka sangat buat jantung aku berdebar-debar hah?

        "Bukan ke... Kau demam?"

         Dia tersenyum kecil mendengar pertanyaan aku.

        "Demam saya dah kebah sikit. Lagipun saya risau awak balik seorang-seorang. Kan tak elok..."

         "Perempuan jalan seorang," sambung aku. Aku pun dah tak tahu berapa kali dia cakap ayat tu.

         Ish Jaehyuk ni, dia ingat aku budak tadika kot perlu dijaga selalu. Hey, aku dah besar okay?

         "Yalah tapi kau kan demam? Tak eloklah kau duduk kat tengah panas macam ni," bebel aku. Sesungguhnya aku sebagai  kawan yang baik sangat risau ya dengan kesihatan Jaehyuk.

         "Kau ni degil betul! Aku dah suruh rehat kan?" bebel aku lagi.

        Jaehyuk yang tadi senyum perlahan-lahan menjadi muram. Dia sedih sebab kena marah dengan aku ke omo

        "Sorry. Awak tak suka ke saya teman awak balik?" katanya, suaranya seperti sedang merajuk. Dia menunduk ke bawah. Topi yang dipakainya hampir menutup wajahnya.

         Alolo dia merajuk ke? Aku pula rasa bersalah tiba-tiba. Yalah, dia mesti dah tunggu aku lama gila sebab aku kena kutip sampah dengan Jihoon tadi.

        Aku tarik tangan dia dan pandang wajahnya yang cuba disembunyikan.

         Aku tak pandai pujuk orang tapi aku cuba eh. Kalau korang pandai pujuk orang, pinjamkan aku semangat dan pengalaman korang hahahah

         "Jae, aku bukan marah kau. Tapi aku risau nanti demam kau teruk. Aku okay je kalau kau takde kat sisi aku. Kau pun kenalah jaga diri kau juga okay?" kata aku dengan lembut.

         Ni kalau Chanhyuk dengar, mahu dia gelakkan aku setahun sebab geli dengar suara aku.

         Jaehyuk angguk lalu peluk aku buat kali kedua. Aku terkejut dengan tindakan dia tapi aku balas sahaja pelukannya. Aku dapat rasa badannya masih panas lagi.

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now