[S2] Hafiz 🌙

246 56 44
                                    

Jika diletakkan sebiji telur mentah di atas dahi Seungkwan, berkemungkinan telur tersebut akan menjadi telur rebus.

Kenapa?

Kerana sekarang ini dia sedang panas hati dan membuatkan dirinya tidak senang duduk.

Bukannya apa, dia geram tengok Hafiz asyik ikut Fatihah ke mana-mana saja. Mengalahkan budak kecil! Sudahlah tadi mamat tu tiba-tiba jeling dia!

Dan dia baru tahu Hafiz ialah sepupu kepada Fatihah.

" Nazmi. " Seungkwan mencuit bahu abang iparnya yang sedang melantak kuih raya.

" Padia? " soal Nazmi.

" Itu, kau tengoklah mamat tu! Sakit hati aku woi, nak tumbuk kang tak pepasal viral aku nanti. " Seungkwan menudingkan jarinya ke arah dua hamba Allah tersebut.

Sempat lagi dia mencebikkan bibir.

" Astagfirullah budak Hafiz ni, memang tak reti bahasa ke? " Nazmi terus menghempaskan balang kuih yang dipegangnya dari tadi ke atas meja.

Siap lipat lagi lengan Baju Melayu.

Abang Long sudah mari!

" Eh eh kau nak buat apa- " Seungkwan sudah mulai risau, Nazmi ni bukan boleh diramal tindakannya.

" Aku nak ajar sikit budak akhlak eobseo tu, tak malu ke berkepit dengan bini orang? " dia sudah mulai bangun dari bangku kayu yang didudukinya.

Seungkwan tergelak sebentar. Akhlak eobseo?

Tapi lepas tu mukanya serius balik.

++++++

" Eish Hafiz, hang pergilah duduk kat depan sana! Aku boleh buat sendirilah! " Fatihah mulai rimas apabila Hafiz acah-acah hendak menolong dirinya memasak nasi.

Nasi tu boleh je Fatihah masak sendiri.

Niat sebenar Hafiz ialah nak main sentuh-sentuh tangan. Dasar lelaki gatal!

" Alah aku nak teman hang je, salah ke~ " kata Hafiz dengan nada suara paling mengada.

" Memang salah lagi dipersalahkan. " jawab Nazmi yang tiba-tiba muncul di pintu dapur.

" Hang diam eh Nazmi! Tak payah nak menyibuk hal aku dengan Fatihah! " terus Hafiz mengacukan sebatang senduk ke arah Nazmi.

Wuu takutnya.

" Fatihah tu ADIK aku, jadi aku ada hak untuk menyibuk... " memang sengaja Nazmi tekankan perkataan adik supaya Hafiz tu sedar diri sikit.

" ...oh, lagi satu. Hang ingat hang acu senduk tu, aku takut? Dah, dah. Tihah. Beras dalam periuk tu biar je. Biar budak ni masak. " tanpa membuang masa, Nazmi terus menarik tangan Fatihah untuk ke ruang tamu.

Hafiz yang kegeraman, menggepal penumbuk.

" Tak guna betul... "

++++++

" Huwaaa bang, terima kasih selamatkan aku dari mamat kerek tu! " Fatihah memeluk lengan abangnya, gembira apabila tidak perlu melihat wajah Hafiz yang tersangatlah annoying itu.

" Kau pun satu, kenapa kau tak hempuk je si bodo tu? Spesis macam dia memang layak dihempuk yu know? "

" Kang mak dia nampak, aku pulak yang kena hempuk bang oi. Kau lupa ke dia anak manja? Sikit-sikit mengadu! "

" Apa-apalah. Dah, pergi pujuk laki kau tu. Kesian dia berapi je tengok kau dengan Hafiz tadi. " terus Nazmi menolak perlahan tubuh adiknya untuk pergi ke arah Seungkwan yang sedang termenung.

" Err...hehe awak... " Fatihah menegur suaminya.

Seungkwan hanya melihat sekilas wajah isterinya. Rasa sakit hatinya masih ada!

" Hurm...awak, jangan macam ni... "

" Apa? Pergilah berkepit dengan laki tu. " Seungkwan hanya berpeluk tubuh.

" Awak, awak ingat saya suka ke si Hafiz tu? Saya tak sukalah. "

Tanpa mempedulikan kata-kata Fatihah, Seungkwan terus menuju ke arah Nazmi yang sedang bermain baling selipar dengan kanak-kanak sebelah rumah.

" Ohoi Nazmi, main apa tu? Nak join jugak! "

" Baling selipar, tapi Fatihah tu...? " Nazmi mengerutkan dahinya apabila melihat wajah adiknya terkebil-kebil.

" Ajarkan aku main weh. " nampak sangat dia cuba mengelak dari menjawab soalan Nazmi sebentar tadi.

Fatihah hanya menghela nafas.

Kalaulah Hafiz tu tak cari pasal, tak adanya jadi macam ni!

" Alalala suami tak layan ke? Nak aku temankan? " Hafiz tersenyum sinis sambil menjongketkan keningnya.

" Hang ni dah kenapa- " Fatihah mula naik berang. Mana mak mamat ni? Sibuk membawang ke sampai tak sedar anak jantannya ni menggatal dengan bini orang?

Kebetulan rumah itu pula tidak ramai orang. Maklumlah sudah raya ketiga.

Ibu bapa Fatihah pula sedang sibuk beraya di rumah sebelah.

" Hang pun tahu aku sukakan hang dari kecik lagi. Jadi... " secara tiba-tiba Hafiz menyentuh kedua-dua belah bahu Fatihah.

BUK!!!

" Aduh... " Hafiz memegang pipinya yang telah ditumbuk kuat oleh Seungkwan.

" A-Awak... " Fatihah menjadi terkedu apabila suaminya bertindak sedemikian. Tapi bagus juga, padan muka mamat kerek tu kena tumbuk!

" Kau, apa masalah kau? Yang kau sentuh tu, isteri aku. Tahu? ISTERI AKU! Kau ingat kau sepupu dia kau boleh sentuh dia? " soal Seungkwan dengan nada suara yang tinggi.

" Aku sentuh bahu jelah! Bukannya aku buat apa pun! " sempat lagi Hafiz melawan walaupun dia masih lagi kesakitan akibat ditumbuk. Dan hal itu membuatkan dahinya ditunjal kuat oleh Seungkwan.

" Woi, kau ni sekolah ke tak? Sepupu dengan sepupu boleh kahwin so korang bukan mahram! "

Hafiz hanya diam.

Dia tak tahu pula Seungkwan tahu tentang tu.

" Sayang, ikut saya. Saya geram je tengok mamat ni, jangan sampai ada yang makan penumbuk dua kali. " Seungkwan menarik perlahan tangan Fatihah agar mengikutnya ke tempat lain.

Sebaik sahaja mereka berdua berlalu pergi, Nazmi menjeling tajam wajah Hafiz.

" Hang jangan nak reka cerita macam-macam kat mak hang nanti. Kalau aku dapat tahu, aku tambah lagi satu penumbuk kat pipi hang tu. Faham? "

" Erggh ok! Habis pipi aku ni lagu mana? Sakit woi! "

" Eh mana aku tahu, hang sendiri cari pasal, sendiri tanggunglah. Tanya aku buat apa? Nak suruh aku taruk ubat? No way, man! Dahlah, baik aku pergi main baling selipar lagi baguih. "

Padan muka, kacau bini orang lagi.

++++++

siapa masih menunggu update story ni?

say i.

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now