22

1.2K 168 14
                                    

Dari atas motor sampailah ke sekolah. Aku tak habis fikir pasal Hyunjin dan Junkyu minta maaf pada aku semalam. Aku rasa tak semudah itu mereka give up. Tapi tak mustahil jugak. Macam mana kalau mereka betul betul menyesal dengan apa yang mereka buat. Aduh! Pening den.

"Kau memang plan nak stay atas motor aku ke?"

Aku terus tersedar. Lah dah sampai sekolah rupanya. Aku terus turun. Helmet dihulur pada Yoshi.

"Kau fikir apa?" soal dia.

Aku menggeleng kepala cepat cepat.

"Jomlah masuk kelas"

Aku berura ura untuk berjalan tapi dia tarik aku balik. Muka aku ditarik supaya terletak elok di depannya. Dan selepas itu dia perbetulkan rambutku. Oh maybe sebab pakai helmet tadi kot.

"Thank you baby!"

Aku pusing untuk pergi tapi dia tarik aku lagi.

"Apa kau cakap tadi?"

Aku cakap apa? Lerr apa benda dia ni. Kepalaku digeleng tanda tidak tahu.

"Kau panggil aku baby tadi"

Lah ye ke. Well semua tu natural. Auto keluar.

"Oh anggap je saya tak sengaja"

Aku senyum macam kerang busuk.

"Baby tu kau. Ingat!"

Aku tahan tawaku. Kepala dianggukkan jugak.

"Macamlah awak tak boleh jadi baby" kataku separuh bisik. Atau maksud lainnya tengah cakap dengan diri sendiri.

"Apa tak dengar?" kata dia tiba tiba.

"Apa yang tak dengarnya?" aku pura pura tanya dia.

"Aku ni belum pekak"

Dia tarik hidung aku. Dia terus blah masuk dalam kelas dia.

Aku pula ke loker seperti biasa. Ambil barang apa yang patut. Sebaik saja tutup pintu loker, wajah Hyunjin dan Junkyu muncul. Terkejut aku dibuatnya.

"Awak berdua na...nak apa?"

Even ada pelajar lain disini, aku tetap takut dengan mereka berdua.

"Yarra please. Kami betul betul nak minta maaf dengan kau" kata Hyunjin.

"Please Yarra. Kami minta maaf sangat sangat" kata Junkyu pula.

Muka masing masing nampak macam desperate sangat.

"Kau nak kami buktikan macam mana supaya kau percaya?" soal Junkyu lagi.

"Kau nak kami melutut minta maaf dengan kau"

Mereka berura ura untuk melutut tapi aku cepat cepat halang.

"Eh tak payah!"

Student lain dah pandang aku semacam je.

"Okey okey. Aku maafkan korang. Please biar aku masuk kelas aku sekarang"

Mereka membuka jalan untukku.

"Thanks Yarra!" jerit Junkyu.

Aku just senyum. Well tak salah pun aku maafkan dorang. At least mereka minta maaf. Just think positive sudah. Haraplah mereka betul betul berubah.

Hari ni rasa macam tak lapar sangat. Lagipun aku perlu study untuk exam minggu depan. So orang berpusu pusu ke kafe, aku ke library.

Lepas cikgu keluar, aku kemas kemas meja. Bawa buku apa yang patut. Especially science. Kenapalah aku tak boleh in love dengan science. Damn! Geramnya.

"Yarra!"

Belum sempat aku bangun, Hyunjin dan Junkyu sudah terpacak depan aku. Aduh! Mereka berdua ni.

"Jom pergi kafe" ajak Hyunjin.

"Jomlah jomlah kita pergi sama sama" kata Junkyu pula.

Aku buntu. Waduh gimana ni? Gue mau belajar. Aduh! Aku rasa macam dorang benci aku lagi baik daripada berbaik dengan aku macam ni. Clingy betul!

"Hmm boleh. Jomlah"

Aku terpaksa okey.

"Jom pergi mana?"

Si Yoshi sudah datang. Mampos aku.

"Dorang ajak saya pergi kafe sekali" jawab ku.

Hyunjin dan Junkyu cuma beriak biasa. Yoshi pandang mereka berdua.

"Sejak bila korang rapat dengan girl aku ni?"

Mereka berdua diam. Dan aku dah boleh rasa akan ada pergaduhan aku tercetus nanti. So aku cepat cepat halang.

"Awak dahlah"

Yoshi tanpa banyak bunyi tarik aku keluar dari kelas. Dia bawa aku ke tempat biasa.

"Explain"

Wajah Yoshi nampak tegang. Aku tahu dia tengah tahan marah dia sekarang ni.

"Dorang dah mintak maaf dengan saya tadi and saya maafkan"

Terus dia tayang senyum sinis. Seolah olah tengah menyindir aku.

"This is first and last warning. Jangan berkawan dengan mereka berdua tu. If kau dah maafkan then okay! Tapi aku tak suka kau dekat dekat dengan mereka. Faham?"

Dia tak tengking tapi ada nada tegas setiap patah perkataan dia sebut. Macam dia tengah bagitahu yang dia tak main main dengan kata kata dia.

🍃 ideabank

Sweet Monster | TREASURE YOSHIWhere stories live. Discover now