B A B |S A T U

285 49 37
                                    

Pen yang terselit dicelah jemariku dipusing-pusingkan sambil menatap sekeping gambar aku dan... Dia. Gambar candid dimana dia sedang merenungku dari sisi.

Hailah, Qal. Manalah kau pergi? Lapan tahun kau buat aku tertunggu, menantikan janji kau.

"Rynna," namaku diseru seseorang dari belakang. Aku menoleh sedikit. Wajah Ain terhidang didepan mata. "Ya?" Ain menghampiriku sebelum meletakkan sesuatu diatas meja belajarku.

Aku memandang kad itu dengan sekali lalu sahaja. Tidak berminat. "Kau nak pergi tak?"

Aku menggeleng. "Malaslah. Lagipun aku tak ada baju baru."

Ain tertawa kecil. "Lupa pula nak bagitahu. Tema reunion ni 'Back To School'. Jadi perlu pakai baju sekolah je lah. Baju sekolah lama kau ada lagi, kan?"

Aku menggaru belakang tengkuk. "Ada memang ada, tapi dah tak muat. Sudahlah, aku malas nak pergi. Baik lepak dekat rumah sambil tengok cerita Doraemon."

"Alah, jomlah. Mana tahu Qal ada join reunion tu juga? Kau pun rindu dia kan?"

Aku menggeleng laju. "Mana ada aku rindu. Kalau boleh, aku dah tak nak jumpa dia balik. Meluat aku." Ain mencebik bibirnya. "Iya-iya je kau. Padahal dalam hati bukan main berkepuk rindu tu dekat Qal, kan?"

Tebakan Ain membuatkan aku terdiam. Tipulah... Tipulah kalau aku tak rindu. Lapan tahun ditinggalkan tanpa khabar berita. Cara dia hilang macam kena culik dengan alien pun ada.

"Aku harap dia takkan datang reunion ni."



_________

Shortstory paling clichè , paling childish, paling merepek. Silakan baca🍪

JE T' AIME [COMPLETE]Where stories live. Discover now