B A B | E N A M

81 35 58
                                    

Sejak pulang dari reunion disekolah, aku tidak bercakap sepatah pun dengan Ain. Masih rasa marah dan geram.

Dia dah tahu aku tak mahu berjumpa dengan Qal, sengaja lagi nak pertemukan kami. Bukan aku tak tahu, dia sendiri yang aturkan tentang persembahan duet aku dan Qal walhal aku tidak diberitahu apapun oleh pengacara majlis sebelum persembahan.

"Rynna, sudah-sudahlah merajuk dengan aku. Dah tiga hari kau tak bercakap dengan aku. Perkara yang lepas jangan dikenang, wei."

Ewah-ewah, senangnya kau cakap...

"Sebenarnyakan Rynn, aku dengan Qal dah lama contact satu sama lain."

"Lepastu kitorang dah outing sama-sama empat kali dah kut."

"Dia cakap, dia rindukan kau, cuma dia tak nak jumpa dengan kau. Jadi aku aturkan korang berjumpa dekat sekolah masa reunion. Amacam, gempak tak plan aku."

Ya Allah... Geramnya aku dengan minah ni!

Dari duduk meniarap menelaah novel, aku terus bangkit mencapai cardigan hitam dan sarungkan tudung bawal instant. Dompet diatas meja belajar aku ambil dan genggam kemas.

Baik aku keluar dari bilik ni sebelum aku bertukar jadi Hulk Hogan. "Rynn, nak pergi mana? Nak ikut!"

Aku melajukan langkah, malas nak layan dia. Orang tengah sakit jiwa raga ni janganlah ganggu!

Selipar fipper disarungkan ke kaki sebelum aku membuka langkah kearah tangga. Nak turun menggunakan lif, rasa fobia pula. Pernah suatu hari, aku terjebak didalam lif keseorangan selama lebih dari 1 jam pada waktu malam. Bayangkanlah, selama 1 jam itu aku terperuk didalam lif dalam suasana yang gelap gelita.

Mujur saja selepas itu keadaan kembali seperti sedia kala. Kalau tidak, tak tahulah apa yang jadi padaku ketika itu. Masih bernyawa ataupun sudah kembali ke Rahmatullah...

Sampai saja ditingkat bawah, aku berjalan melintasi jalan raya kecil yang sedikit lengang tanpa motor ataupun kereta.

Baru saja mahu memasuki 7 Eleven, tak semena-mena dompetku yang digenggam tadi ditarik kasar oleh seseorang. Eh, apahal pulak ni?

Aku memerhati orang mengambil dompetku tadi yang sudah lari menjauh, cuba menganalisa apa yang sedang berlaku. Kejap, aku... Kena ragut ke?

"Tolong! Saya kena ragut!" Aku menjerit kuat meminta pertolongan. "Tolong! Abang polis, abang bomba tangkap peragut tu!" Jeritku lagi. Aduh, masa aku tengah nak beli aiskrim lah nak meragut.

"Cik, kenapa ni?" Tegur seseorang dengan cemas. "Bang, domp-" Ayatku tergantung tak bersambung. Wajah Qal terhidang didepan mata. Ah, dia lagi...

"Rynn." Qal tersenyum lebar. "Kenapa kau jerit minta tolong tadi?"

"Erm... Dompet aku, ada orang curi." Balasku ringkas. Tak apalah, mungkin rezeki si peragut tu kut. Nak buat macam mana lagi? Lagipun dalam dompet aku tu tak ada apa-apa yang penting. Aku tak bawa IC kalau pergi tempat-tempat dekat. Duit pun aku sekadar bawa RM 10 je tadi. Huehue...Nasib kau lah peragut oi!

"Jap, aku kejar. Kau tunggu sini tau." Tak menunggu balasan dariku, Qal lantas berlari meninggalkanku terpinga-pinga memandang kelibatnya yang menghilang.

~

"Nah dik, good job. Kau ada ciri-ciri nak jadi peragut terbaik abad ke 21." Not wang 100 dua keping dihulurkan kepada 'peragut jadian' yang meragut dompet Rynna.

"Terima kasih bang, kalau ada job lagi jangan lupa roger-roger saya." Heyqal menepuk-nepuk bahu 'peragut' itu. "Sama-sama. Dah, kau boleh pergi."

"Tata abang! Assalamualaikum."

"Bye, waalaikumsalam."

~

"Rynn."

Aku yang sedang duduk dibangku berdekatan 7 Eleven mendongak memandang gerangan yang menyeru namaku awal tadi.

"Apa?" Soalku kasar. Tangannya tampak kosong tanpa dompetku, tak dapat kejarlah tu. Aku mengalihkan pandangan kearah kanak-kanak yang sedang asyik bermain ditaman permainan. Erm... Kalau singgah kejap main buaian dekat taman pun syok ni.

"Nah." Dompetku disuakan betul-betul didepan mata. Eh, dia dapat kejar penyangak tadi ke?

"Kau da-"

"Kau ni, macam tak kenal aku. Aku kan atlet waktu sekolah dulu. Setakat kejar penyangak tu tak ada hal lah."






JE T' AIME [COMPLETE]Where stories live. Discover now