Walawehh

1.4K 119 11
                                    

Harini, aku separuh bebas memandangkan beberapa orang abang aku kena ikut ayah pergi Seremban.

UYEYEHH!! SEP SKETT!!

Tapi cuma separuh jelah. Masih ada beberapa lipan yang berkeliaran kat sini menanti masa untuk diracun.

"Eisya. Magnum jum"

Aku pandang abang Aariz a.k.a alang yang tengah angkat kening bak Ziana Zain.

Alert, aku kadang-kadang akan panggil dia alang, tapi kadang-kadang akan panggil dia abang Aariz jugak. Ikut mood aku lah.

Kalau dia belanja aku, aku panggil dia abang paling baik terhensem muah muah lebiu.

"7e?"

"Sport toto"

"Ehh!!" Aku tengok dia atas bawah dengan muka 'ya tuhann! Ko main judi?!'.

Kau tak tau sport toto tu apa, sila gugel. Aku tau pun sebab jembalang-jembalang ni suka mengajar yang bukan-bukan termasuklah cara hack game kasi duit unlimited.

"Kau ni pun.." Abang Fattah, iaitu abang terakhir aku menggeleng dan ambik tempat sebelah abang Aariz.

Dia pernah benci aku sampai aku 4 tahun sebab ambik title anak bongsu dia. Lol. Dengki teroks. Pergi la tanya ibu dengan ayah pehal buat anak banyak-banyak.

"..pehal ajak Eisya? Aku kan ada?" Abang Fattah menyambung dengan ayat yang aku dah dapat agak. Diorang ni memang, suka buat perangai mintak kaki.

"Series? Ajak Han sekali" Abang Aariz sekali lagi angkat kening. Han yang dimaksudkan adalah abang Ilhan a.k.a angah. Abang aku yang paling suka buang masa dengan benda yang tak sepatutnya macam tidur atas bumbung, panjat pagar rumah jiran sebelah untuk bagi lauk dan bagi makanan ikan pada burung.

Taktau la aku kena describe dia ni bebal ke bowdough.

"Han kan ikut ayah. Kita ajak Tasyrif. Dia kan banyak duit. Boleh tapau sikit"

"Tapau bontot kau. Hutang aku dua bulan lepas pun tak bayar lagi" Abang Tasyrif yang tiba-tiba muncul dari dapur terus mencelah dengan muka menyampahnya.

Malas nak cakap tapi dalam banyak-banyak abang aku, dia la yang paling banyak peminat.

Dan 90% dari peminat dia adalah budak sekolah aku. Penart ah kena soal hari-hari pasal mamat ni. Dah la hensem, berwang pulak tu. Bertuah jodoh dia nanti.

"Alahh.. Halal jelah. Sibling kan?"

"Waklu. Hutang first time, 240. Hutang second, 260. Bunga 150. Total 650. Sekian. Wa cau lu" Abang Tasyrif terus keluar lepas ambik cap dia atas meja tepi pintu.

Jumpa awek la tu. Mentang-mentang la hensem. Keluar tak mandi pun tak ada siapa tau.

Aku bukan nak tuduh dia tak mandi, cuma rasanya baju tu ialah baju yang sama dengan yang dia pakai kelmarin. Entah lah. Aku taknak memfitnah.

"Aishh.. Dia pergi tambah bunga pulak! Apa ingat dia ahlong? Riz, pinjam 700"

"Aahhhh sudahhh"

🌟💫✨

Selesai mengaminkan doa, ayah toleh belakang pandang semua anak-anak dia yang terlalu ramai ni.

Sah. Ada orang buat salah harini.

"Ayah nak tanya"

Hmm.. Mintak mintak bukan aku.

"Siapa tinggal airpod kat pondok tadi?"

"Oshhi..t.." Abang Zharif tepuk dahi dan ketap gigi. Muka ayah dipandang dengan sengihan.

Amusing | Brothers ThingyWhere stories live. Discover now