[S2] Alina Is Back! 🌙

249 57 41
                                    

" Fatihah tak guna! Fatihah tak guna! ARGHHH KAU TUNGGULAH, BILA AKU KELUAR DARI SINI, TAHULAH APA NASIB KAU! " Alina menjerit sambil menumbuk dinding dengan kuat.

Jika dilihat pada tangannya, sudah penuh luka. Tapi kalau tak keras kepala bukanlah Alina namanya.

Dia sungguh tertekan! Disebabkan Fatihah, dia terpaksa beraya di dalam penjara!

" Aku memang benci kau sampai mati, Fatihah. BENCI!!! " jeritnya lagi.

BUKK!!

Kepala Alina dihantuk ke dinding dengan kuat oleh salah seorang banduan wanita yang tinggal di sel penjara yang sama.

" Kau tak boleh diam ke bodoh? Dari hari pertama kau masuk sini, memekak je kerja! Semak tau tak, semak?! " Alina hanya menikus, hendak melawan. Memang tidaklah! Saiz badan wanita itu dua kali lebih besar dari dirinya!

Dua banduan wanita yang lain hanya menepuk tangan.

Mereka sendiri tak tahan dengan perangai Alina tu.

" Padan muka kau budak, kami duduk dalam ni dah bertahun pun tak drama macam kaulah! Baru beberapa minggu merempat dalam penjara dah meroyan! " sempat si banduan wanita yang berbadan genit menunjal dahinya.

Seperti biasa, Alina hanya diam. Langsung tidak melawan. Dia pun duduk di hadapan pagar besi yang besar itu. Matanya melilau melihat keadaan banduan lain.

Ada yang sedang tidur, ada yang sedang bertumbuk.

" Mana mak dengan ayah ni, tahulah marah dengan aku. Tapi tak akanlah sampai taknak jenguk aku langsung? " dia hanya menghela nafas.

Bosan sungguh! Selalunya kalau dia bosan dia akan cuba stalk di mana Seventeen berada. Terutamanya Hoshi! Kerana dia paling sukakan Hoshi.

Tetapi sekarang, macam mana? Dalam penjara mana ada gajet!

Sedang Alina sibuk termenung, tiba-tiba datang seorang pegawai lalu membuka pintu pagar penjara tersebut. Si pegawai itu pun bertanya,

" Siapa Nur Alina? "

Mata Alina terbuntang besar apabila mendengar namanya dipanggil. Dia terus mengangkat tangannya tanda menjawab soalan sebentar tadi.

" Kamu? Baik, kamu dibebaskan. " tiga ayat tersebut membuatkan gadis itu terkejut.

" Encik cakap apa ni? Bukan saya lama lagi ke kat sini? " soalnya.

" Ya, tapi kamu dah diikat jamin oleh seseorang. Jadi kamu dibebaskan. "

Alina melompat gembira. Bagus! Dia sendiri sudah tidak tahan tinggal di sel tersebut lama-lama. Boleh gila dibuatnya!

" Ini mesti Mei Yi yang ikat jamin aku! She's the best! " katanya dalam hati.

Sempat lagi dia menjelirkan lidah ke arah banduan lain sebelum mengekori pegawai tadi untuk prosedur seterusnya.

Banduan wanita yang berbadan besar itu sudah menggepal penumbuk.

Sabar sajalah berjumpa dengan manusia seperti Alina tu!

++++++

Mari berbalik semula kepada situasi si watak utama di kampung!

" Ermm awak? " Fatihah mencuit perlahan lengan Seungkwan yang sedang khusyuk menonton filem raya di televisyen bilik tetamu.

" Apa? " Seungkwan sekadar menjawab dengan sepatah perkataan sahaja.

" Awak masih marahkan saya ke? Huhu... " soal Fatihah dan mukanya juga dikawal sebaik mungkin.

Kang tak pasal-pasal termenangis depan suami, buat malu je nanti!

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now