Alunan berkisarkan mengenai ketiga anak didik pemusik klasik terkenal tanah air iaitu Datuk Latiff Saari yang kini terpisah kerana membawa haluan hidup masing-masing. Sebelum meninggal dunia, Latiff Saari mempunyai harapan yang besar untuk membawa ketiga-tiga anak didiknya kembali berkongsi satu pentas dan membuat persembahan bersama. Oleh kerana itu di dalam amanatnya yang terakhir dia meminta agar mereka mampu membuat sebuah konserto di atas namanya. Di satu kisah yang lain pula mengenai pertemuan di antara anak melayu yang menginap di England dengan seorang gadis tempatan yang bernama Grace. Orang kata musik dan cinta itu seiring. Begitulah jua kisahnya dengan Jamali dan Grace.