yaracarmine first book Farah Amanda. Nama secantik orangnya. Kalau dilihat, sejuk mata memandang. Tetapi, tanpa disedari tersirat 1001 rahsia di sebalik gadis ini. Kisah hitamnya bermula apabila bondanya, Pemaisuri Sara memaksanya pindah ke sekolah abangnya, Farash Hafiz akibat markahnya yang kurang memberangsangkan. Kerana tidak mahu mengecewakan bondanya, dia hanya akur. Perasaan berat hati itu memang ada, tetapi siapa dia untuk menghalang tindakan bondanya? Hidupnya menjadi kucar kacir apabila dia melanggar Sharifah Rafiqa Dalila, orang yang berpengaruh di sekolah tersebut. Dan perkara yang paling sadis, dia dapat mengenali teman lelaki Sharifah Rafiqa Dalila melalui perempuan itu sendiri. Syed Raiqal Iskandar. Jejaka yang sangat diidami oleh gadis-gadis di sekolahnya. Pertemuan pertama Raiqal dan Farah ialah apabila Raiqal sendiri turun padang, ingin berjumpa orang yang menganggu hidup teman wanitanya. Hari demi hari, Raiqal cuba menyakitkan hati Farah. Adakah perkara ini akan berterusan? Siapa pula Sharifah Rafiqa Dilaila dalam hidup Farah? Start: 5 May 2018 End: 25 Ogos 2018 Start Editing: 5 May 2020 End Editing: 6 May 2020 Status: Completed