Dalam rindu ada sakit, dalam sakit , ada kasih itulah yang dialami oleh Maria ... Ditinggalkan, diseksa, dihancurkan mengapa dunia bertindak tidak adil kepadanya. Mengapa dia yang sering terseksa? Mengapa dia yang terpilih? Mengapa sedikit kasih sayang pun dia tak bisa merasa? Tidak pernah senyuman yang diberikan ikhlas. Hatinya terlalu sakit untuk bahagia. Hatinya sayu ingin menghamburkan air mata darah. Tanpa cinta, tanpa arah tuju, tanpa sebuah rindu, dia telah terseksa dalam dunia yang dia sendiri tidak faham. Namun hidupnya berpusing 360 darjah apabila marak api cinta mula mekar dalam hati dinginnya itu. Tapi setiap perjalanan cinta mereka amat rapuh dek sebuah tembok yang menghukum kedua mempelai itu. Jika berdua pasti ada yang ketiga... yang kejam, yang licik, yang berbahaya, yang hanya mahu kebahagiaan buat dirinya sahaja. "Bahagia aku hanya untuk kau, Maria." "Aku akan jadi duri mawar yang sentiasa bersama kau tika sedih dan gembira." "Maria, aku akan buat kau senyap selamanya. Shhhh..." "Duri dalam daging, lama lama memakan daging itu sendiri." "Hentikan benda mengarut ni!" Perutnya yang membuak-buak keluarkan darah itu dipicit kuat. Shit! "Aku dah tak nampu cintakan kau sayang. Di sini aku tinggalkan kau." "Aku bebaskan kau dan aku ceraikan kau Maria!" Tangis sayu bergema. Akulah Maria yang bersujud kepada Allah demi cinta yang hakiki, ALLAH! Cinta, benarkah kau membahagiakan? Namun kenapa aku selalu sakit disampingmu? Ps:Kita Publish dulu sebab nak tarik perhatian ramai eceh... Lepas siap perempuan dari neraka tu baru aku update balik hok ni insyaa Allah
10 parts