Lari...hanya itu yang dia mahu.Kerana hatinya terlalu terluka.DELICATE...itulah rupa hatinya pada waktu itu. Bahagia pernah disulam,janji pernah ditabur,tapi sayang kepercayaan sangat rapuh.Hanya kerana fitnah,dia hilang kesemuanya.Dengki si kakak pada adik sendiri meretakkan semua.Retakkan keluarga,rumah tangganya sehingga maruahnya dipijak lumat.Sakit...hanya itu yang di rasakan. Akhirnya kesemua itu membawa dia pergi jauh.Jauh dari semua orang.4 tahun menghilang memberi seribu makna kepadanya.Menjadikan dia seorang yang kuat. Namun kerana satu berita pahit menyebabkan dia pulang ke tanah air.Namun bukan kepangkuan keluarga mahupun kepada lelaki yang disangka sudah menjadi bekas suaminya.Kepulangannya hanya menuju kepada seseorang sahaja.Seseorang yang tidak pernah penat percayakannya. Kepulangannya memberi seribu kejutan kepada semua orang namun tidak diendahkan semua itu.Dia sudah kuat.Dia tidak perlukan mereka lagi.Dia pulang dengan hati yang cekal. Namun semakin lama dia berada di tanah air.Semakin sempit nafasnya apabila semua orang yang pernah membuangnya mula mencari meminta maaf. Satu persatu datang mencari.Mencari kemaafan.Namun tidak semudah yang disangkakan.Kemaafan terlalu mahal baginya.Kerana dia sudah tidak percayakan mereka lagi.