Muklis tidak menyangka dia akan bertemu jodohnya diusia usia 35 tahun. disaat dia sudah putus asa mencari jodoh dan menghabiskan masanya di bengkel kereta tiba-tiba sahaja hadir seorang gadis tanpa disengaja menyinari hidupnya. Malah yang lebih dramatik lagi apabila gadis tersebut yang dulunya merupakan bakal isteri sepupunya kini sah menjadi isterinya. sungguh dia tidak menyangka dengan jodoh yang ditentukan tuhan kepadanya. ditambah lagi perbezaan umur gadis berkenaan yang jauh beza. Muklis jadi bingung bagaimana cara harus berkomunikasi dengan gadis yang baru berusia 22 tahun itu. bagi muklis seusia itu pasti belum banyak pengalaman hidup apatah lagi kematangan dalam berumah tangga. maka Muklis pun membuat satu rencana supaya gadis tersebut selesa dan redha menjadi isterinya.