Rasa cinta yang bermula diantara Adresia Absarina dan Hud Anaqi hadir tanpa diduga. Adresia Absarina memilih untuk berdiam diri kerana takut persahabatan antara dirinya dan Hud Anaqi hancur disebabkan satu perasaan yang dipanggil 'cinta'. Hud Anaqi pula memilih untuk mengorbankan perasaannya demi abang tersayang, Khaliq Anaqi yang sudah lama menyintai Adresia Absarina didalam diam. Sempatkah Hud Anaqi hidup bersama sahabat baiknya, Adresia Absarina ataupun Khaliq Anaqi yang akan bersama Adresia? Nantikan kisah mereka dalam Peluang Kedua.