Masa tak mampu memudar kasih. Dendam tak dapat memadam sayang, benci tak bisa mengikis rindu, marah tak mungkin membuang sayang. CINTA YANG TERTUNDA mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Iman Nasuha Ahmad Nasran. Seorang anak yang baik. Pertemuan demi pertemuan yang tidak dirancang antara dia dengan Tengku Aniq Afnan yang pada permulaan menyakitkan hati dan buat dia rasa menyampah dengan lelaki yang sentiasa inginkan perhatian itu tanpa sedar mula menimbulkan bibit suka. Takdir tuhan siapa menduga, bahagia yang diharapkan berkekalan rupanya hanya sementara. Ada hati yang tak senang dengan kebahagiaannya gara-gara dendam yang sangat lama dipendam lalu mengatur angkara sehingga menyebabkan dirinya ditimpa kemalangan dan lupa ingatan, lupa siapa dirinya dan lupa suaminya dan lupa segala-galanya. Pelbagai liku dan dugaan perlu dia lalui. Kemalangan yang telah menukarkan wajah 100 peratusnya menyebab suami sendiri tidak mengenalinya dan dia pula sudah lupa yang itu adalah suaminya. Ditinggal tanpa sebarang pesan membuatkan cinta dan setia Tengku Aniq Afnan sedikit demi sedikit bertukar menjadi benci dan dendam. Menganggap semua wanita adalah sama sahaja, jenis yang tidak boleh dipercayai namun begitu benci dan dendam yang wujud tetap tidak mampu memadam keinginan untuk bertemu sekali lagi dengan Iman Nasuha. Dia mahu tahu apa perjelasan di sebalik kehilangan yang bertahun lamanya.
4 parts