Arissa Damia mengimbau kenangan ketika dia mula berpuasa. Bukan main bersemangat dia mahu berpuasa penuh apabila ibu dan ayahnya berjanji akan memberikan duit raya seratus ringgit. Sudah terbayang macam-macam mainan yang mahu dibelinya. Tapi dia baru berumur enam tahun. Boleh ke dia berpuasa penuh? Kawan-kawannya pun ramai yang tak berpuasa. Bila bau makanan yang wangi pun sudah menggugat imannya. ~Kedatangan Ramadan mengimbau kembali pengalaman pertamaku berpuasa~