DAYANA JASMINE & EZZ HAIKAL STATUS:HIATUS Aku terus berpaling ke belakang apabila mendengar kata-kata Ezz Haikal sebentar tadi. Entah kenapa kali ini kata-kata dia berjaya sampai ke dasar hati aku. Ezz Haikal tersenyum hambar ke arah aku sebelum dia berpaling membelakangiku. "Kau kena tahu satu perkara Min. Yang pergi tak kan kembali. Jadi, hargailah apa yang ada di hadapan mata kau sekarang ni sebelum terlambat." Ucap Ezz Haikal dengan suara yang mula bergetar. Mata aku jatuh pada Ezz Zafril yang datang mendekati kami bersama botol susu di tangannya. Ezz Haikal duduk mencangkung untuk menyamai dengan ketinggian Ezz Zafril yang baru berusia dua tahun itu. "Papa sayang Ezz. Papa sayang Ezz sama macam papa sayang mama. Ingat pesan papa ni, kalau andai apa-apa yang terjadi pada papa suatu hari nanti, tolong jaga mama untuk papa." Kepala Ezz Zafril digosoknya sebelum Ezz Haikal kembali menegakkan tubuhnya. "Aku tak salahkan kau kalau kau masih cintakan dia sebab dia cinta pertama kau. Aku sedar siapa aku dalam hati kau. Tapi, tolong jangan pernah kau lupakan orang sekeliling yang masih sayangkan kau. Kalau perpisahan yang kau nak, aku minta maaf sebab aku tak mampu nak bagi kecuali perpisahan yang telah Allah tetapkan. Tapi, aku takut andai perpisahan yang telah Allah tetapkan tu menghalang aku untuk berjumpa dengan kau semula." Ucap dia lagi sambil tergelak kecil di hujung ayat. Mata aku sudah mula berkaca. "Ezz..." "Aku keluar dulu. Jangan tunggu aku." Seraya berkata demikian, Ezz Haikal terus melangkah keluar daripada bilik tanpa sebab aku melanjutkan kata-kataku. Ezz Zafril terus berlari untuk mengikut Ezz Haikal. Aku berpaling semula menghadap jendela. Tangan memegang kukuh penghadang jendela menahan diri aku daripada rebah. Mata aku terpejam erat disertai dengan guguran mutiara jernih. Ya, aku tahu dia banyak terluka kerana aku. Dan, aku tak sangka hari itu merupakan kali terakhir aku melihat wajahnya. ~100% my own idea ~no copyright allowed