Dikatakan bahawa bayi perempuan yang bakal dilahirkan dalam keturunan Raja Ghaisar bakal disumpah menjadi buta selamanya dan penduduk di situ akan terkena penyakit kulit. Sumpahan itu dibuat oleh ketua puak bunian kerana terlalu marah terhadap beberapa penduduk di kota tersebut yang telah merogol dan membunuh anak gadisnya. Raja Ghaisar yang murka akibat disumpah telah menjatuhkan hukuman pancung kepada setiap pelaku dan memisahkan kota tersebut dengan menamakan sebagai KOTA SUMPAHAN. Apakah nasib penduduk tersebut dan bakal keturunan Raja Ghaisar? Masihkan takdir memihak kepada bayi yang tidak berdosa itu?