[ BoBoiBoy Fanfiction ] ANUURA EVIICE, gadis kelahiran bandar itu sejak kecil lagi tidak tahu akan maksud sebenar disebalik perkataan 'kebebasan'. Hidupnya acap kali dikongkong, hak kebebasannya telah diragut oleh ibu dan ayahnya sendiri. Hal pelajaran pula, dia hanya belajar di rumah serba mewah milik keluarganya sambil dibimbing oleh tutor peribadi yang telah diupah. Kerana itulah, dia sering bersembunyi di taman yang terletak luas dikawasan rumah, cuba mencari kebebasan yang diidamkan. Sampai suatu ketika... ''Saya Tengku Elverno Icezhar, putera Mahkota kerajaan Frost datang bersama sebuah hajat.'' ''A....apa..?''