| 3RD ROMANCE | [ON HOLD] Jiwa yang terluka memadam hati yang mengejar. Ada rasa sayang tapi terpaksa dilepaskan. "Tolong berhenti. Aku penat. Cukup sampai sini je" - Mirza Hayyan "Berhenti malukan diri sendiri, Qaseh" - Qaseh Saat cinta mula mekar, dia hujani rasa dengan petir. Sengaja dilakukan kerana ingin menjauh dari rasa yang tak sepatutnya hadir dalam hidup. Dia tidak mahu memberi harapan, malah bayangan sekalipun tidak mahu terlihat. Kerana kelak rasa itu membinasakan dirinya. Aturan Tuhan siapa yang tahu. Hati tetap juga terusik. Dia berusaha ingin mendapatkan sang hati yang dia yakini sudah lama terpaut. Namun, semuanya tidak sama seperti dulu. Hati mula berubah. "Beri aku peluang. Aku nak jadi milik kau. Aku dah mula sayangkan kau" - Mirza Hayyan "Hati ni dah lama mati untuk kau" - Qaseh Tersungkur di pertengahan jalan. Dia kembali bangkit keseorangan tanpa sesiapa di sisi. Kerana itu, hati mula tawar dan keras menetapkan tiada lagi peluang yang harus diberi. "I try. I promise I won't hurt you again" - Mirza Hayyan "It's not that easily. I won't sacrifice myself to you. Not even other men" - Qaseh Aku mahu menjadi mawar, yang penuh dengan duri. Biarpun berduri, aku sanggup melukakan diri.