7 tahun lepas detik dimana segalanya mengubah dia, selepas 7 tahun dari masa gelapnya itu menjadi Intan Farhaniez yang baharu. Dan sehinggalah, kedatangan Syakir Imran yang mula menghantui Intan Farhaniez semula " Kenapa dia datang sini balik? Kenapa dia kena muncul sekarang?" - Intan Farhaniez Kali ini, sikap dan layanan baik Syakir Imran terhadapnhya membuatkan Intan Farhaniez makin menjauh kan diri. " Setiap kali aku datang dekat kau. Selalu sahaja kau nak lari. Kenapa?" Syakir Imran " My own business. Suka hati aku lah. Itu bukan urusan kau!" - Intan Farhaniez " Do you still hate me. Intan Farhaniez?" - Syakir Imran Semakin jauh Intan Farhaniez mencuba menjauhi, semakin Syakir Imran mendekati gadis tersebut. Sehinggakan satu ketika yang membuatkan Intan Farhaniez sendiri tidak menyangka. " Apa kau buat ni Syakir! Apa yang kau fikirkan ni? Kalau ye pun, bukan dengan cara ni. Aku tak nak kahwin dengan kau! No way!" - Intan Farhaniez. " Aku nak jaga kau Intan. Aku..aku.. nak hidup dengan kau. Aku nak jadikan kau sebagai bidadari dalam hati aku. Aku ikhlas Intan." - Syakir Imran Di saat mereka bermain tarik tali, muncul Tengku Azril Naufal tiba-tiba entah mengapa datangnya melamar Intan Farhaniez untuk di jadikan isteri. " Kenapa tiba-tiba Tengku meminang saya? Kenapa saya?" - Intan Farhaniez " Sebab saya sukakan Farhaniez. Daripada kali pertama kita jumpa lagi. Awak dah buat saya terpikat dengan awak. Jadi Dr. Intan Farhaniez." - Tengku Azril Naufal. Buntu! Sungguh kini Intan Farhaniez buntu. Seperti di telan mati emak, di luah mati ayah. Apa yang harus Intan Farhaniez lakukan sekarang? " Fikirkan Intan. Aku akan tunggu sampai kau berikan jawapan sesungguhnya." - Syakir Imran " Apa pun pilihan Intan, saya akan terima. Mungkin ada jodoh kita. Allah akan tunjukkan." - Tengku Azril Naufal Apakah ada pengakhiran untuk mereka? " HATI YANG LUKA MULA DI RAWAT DENGAN KEHADIRAN MU SEMULA"
89 parts