Aireen Syuhada seorang doktor yang tanpa sengaja marawat seorang mafia yang kebetulan dihantar ke hospital tempat dimana dia bekerja. Namun, Sejak pertemuannya dengan lelaki itu, hidupnya menjadi tunggang langgang. Hidupnya pun tidak aman seperti kebiasaannya. Ditambah lagi bila dia diminta oleh pihak atasan untuk menjadi doktor peribadi lelaki itu. Dia tiada pilihan selain akur. Tinggi sangat ke pengaruh lelaki tu? "Encik, dekat hospital ni memang semua makanan tawar-tawar. Kalau nak makan sedap-sedap. Cepat-cepatlah keluar dari hospital ni ye." Hayyes Evan, seorang mafia yang menjadi kegilaan ramai gadis diluar sana. Usianya yang berusia 30 tahun itu lansung tidak menampakkan dirinya tua. Eh? Mafia pun boleh menjadi kegilaan? Kegilaan itu bila orang mengenalinya sebagai seorang ahli perniagaan berjaya. Maklumlah dia memiliki syarikat sendiri semasa umurnya masih berusia 18 tahun. Hayyes Corp. Namun, disebalik dirinya yang gah tu, dia jatuh juga. Jatuh cinta dengan seorang gadis yang kelihatan polos dimatanya. Tapi sekali gadis tu buka mulut. Mulalah gadis itu membebel tidak pun menyumpah seranah dirinya. Dia pula yang makan hati. "Doc, when can i discharge?" "Anytime." "Doktor Aireen! Sakitlah!" "Padan muka!" © ALL RIGHTS RESERVED @Luxiozss START: 28 FEB 2022 END: