Sharifah Alisha Habibah memilih untuk menyimpan perasaannya terhadap lelaki yang dia cintai iaitu, Tengku Harraz Adrian. Beribu cara dan kata telah Harraz cuba untuk menjauh namun seolah semesta mahu memberi kesempatan kepada Alisha. Hubungan dua keluarga membawa kepada penyatuan dua insan. "Inilah yang awak nak kan? Jadi tunang saya? Kenapa awak susah sangat nak faham yang saya tak pernah anggap awak lebih, Alisha?" "Saya ikhlas sayangkan awak Harraz." Namun, malang tidak berbau ketika terdapat berita buruk tentang Harraz. Lelaki itu melarikan diri di malam hari sebelum majlis nikah mereka. Maruah keluarga digadaikan. "Tolong Syaheer, kamu sahaja yang boleh bantu pulihkan maruah keluarga kita dan keluar Haji Ahmad." Dengan izin Allah SWT, penyatuan dua insan yang saling tidak mencintai berlaku. Membawa kepada alam rumah tangga yang mereka tidak sangka kan. Bagaimanakah Syaheer dan Alisha menerima status baharu mereka?