Setiap perhubungan pasti akan diuji dengan segala dugaan. Segala kepura-puraan akhirnya terbongkar jua tatkala hati tidak ikhlas mencintai. Afieq Daniel, kalau dulu dia diuji dengan cinta yang dikhianati kini hidupnya dihantui kepuraan. Membuat keputusan untuk berkahwin dalam keadaan terburu-buru kini membawa kesan buruk kepadanya. Walaupun dia tahu, pengakhirannya akan seperti ini namun dia masih cuba mempertahankan mahlligai nya. "Ceraikan je lah aku! Buat apa tunggu lagi?!"- Nur Dayana "Kau boleh sabar tak?! Cuba fikir perasaan orang dan jangan pentingkan diri sendiri?!"- Afieq Daniel Jika Afieq diuji dengan kepuraan dalam perkahwinannya, Iriz Alexa pula diuji dengan kehilangan separuh nyawanya dalam satu kemalangan. Hidupnya gelap. Haiqal sudah tiada. "Aku sayangkan dia, Afieq. Susah untuk aku lupakan dia."- Iriz Alexa "Dan aku sayangkan kau." - Afieq Daniel Siapa tahu, daripada hubungan seorang adik dan abang angkat mungkin boleh bertukar menjadi hubungan sepasang kekasih? Itu apa yang Afieq harapkan. Diam-diam dia menyimpan rasa terhadap Iriz Alexa. Namun, bertahun dia memendam rasa kerana dia tahu Iriz tidak mungkin akan membalas cintanya. Mampukah Afieq Daniel meraih cinta Iriz Alexa ataupun hubungan mereka kekal sebagai abang dengan adik?