TIARA ARISSA membuat keputusan untuk keluar dari rumahnya sendiri apabila dipaksa oleh datuknya untuk berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai. Kerana terlalu takut, dia bersembunyi di dalam sebuah kereta. Sehinggalah dia bertemu dengan tuan punya kereta itu yang bernama ANDRIAN JAZMIN, seorang bekas tentera yang tinggal bersama keluarga kecil. Bermulalah satu pertengkaran antara si manja dan si garang. "Kau siapa ni? Kau buat apa dalam kereta aku ni, kau nak mencuri ya?"-ANDRIAN "Sumpah! saya bukannya pencuri!"- TIARA Dek kerana simpati, umi Andrian membenarkan Tiara tinggal bersama mereka. Andrian terpaksa mengikut sahaja kehendak uminya, walaupun dia tidak menyukai gadis itu. Ada saja yang tak kena di matanya. Sehinggalah perasaan benci itu bertukar sayang. "Kau tinggal dengan aku, jadi kau tu tanggungjawab aku. Faham?"- ANDRIAN Masing-masing menyimpan rasa, dengan pertolongan papa Tiara mereka disatukan tanpa pengetahuan keluarga Tiara yang lain. Mengetahui sebab Tiara lari dari rumah menyebabkan Andrian mula takut kehilangan Tiara. Setelah semuanya terbongkar keluarga Tiara bertindak kejam. Andrian dan Tiara menghadapi perpisahan yang amat memeritkan antara mereka. Tiara terseksa, Andrian menderita. Tetapi Andrian tidak mengalah semudah itu, dia akan dapatkan semula cinta hatinya. "Tia tetap milik abang, wait for me sayang!"- ANDRIAN "Kau jangan mimpi nak dapat Tiara balik. She is going to be mine"- IVAN. "Whatever happen, she is still my princess. You want her? Over my dead body!"- ANDRIAN Dapatkah Andrian mendapatkan semula cinta hatinya?