Sumire, Kawaki, Boruto dan Sarada merupakan pelajar tingkat akhir disebuah universitas dalam jurusan arkelogy. Mereka diberi tugasan untuk menyelesaikan tugasan akhir mereka bagi membolehkan mereka menamatkan pelajaran mereka. Dengan persetujuan beberapa teman mereka iaitu Shikadai, Mitsuki, inojin dan Chocho akhirnya mereka telah memilih satu kawasan desa yang cukup pendalaman.Sebuah desa yang terletak begitu jauh di tengah hutan yang menyukarkan perhubungan penduduk desa itu dengan desa lain. Kedatangan mereka pada mulanya tidak mendapat persetujuan dari kepala desa itu, dan akhirnya berjaya setelah memujuk dan meyakinkan kepala dan penduduk desa disana. Mereka begitu senang apabila berjaya memasuki desa tersebut karena banyak barangan dan harta peninggalan lama yang masih belum diterokai. Tugasan mereka yang pada mulanya berjalan dengan lancar akhirnya bertukar menjadi sebuah kejadian misteri setelah mereka menjumpai satu kotak lama.