Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Aira Humaira yang terpisah dari kedua ibu bapanya buat selama-lamanya akibat daripada suatu kemalangan yang tidak dijangka.Akibat dari kemalangan tersebut, Aira telah kehilangan memori masa kecilnya yang membuatkan dia telah melupakan seseorang yang sehingga kini masih mencarinya. Setelah beberapa tahun berlalu, Aira yang kini dibesarkan oleh keluarga angkatnya yang kejam dan tidak berhati perut, berusaha bermati-matian bertahan hidup dengan mereka. Kenapa keluarga angkat Aira mengambilnya menjadi sebahagian keluarga mereka?,Siapakah insan tersayang yang telah Aira lupakan?Bagaimana hidup Aira selepas ini?