Peristiwa hitam di bumi asing telah menarik Dian Antasya memasuki zon larangan dan mengikat dia bersama Syed Zaqef. "Menangis beria ni, kenapa?" Zaqef. "What do you expect? Ingat I suka ke jadi isteri you." Dian. Dian tahu, Zaqef itu tunangan Ferra, wanita yang telah dianggap seperti adik sendiri. Dan keterpaksaan ini telah mengepung dirinya dengan sejuta rasa bersalah. Dan apabila pasti segala-galanya selamat, Dian menuntut janji tapi, Zaqef pula terlalu banyak dalihnya. "Sekarang ni I tengah mengira waktu, bila you nak ceraikan I." - Dian. "Nanti kita bincang. Apa you nak susah, bukan I tuntut hak pun."- Zaqef. Tak ada bicara manis dan lafaz cinta, Zaqef tiba-tiba mahu umumkan pada semua tentang status mereka. Tapi tiada jalan mudah buat mereka kerana semua pilihan yang ada harus mengorbankan banyak hati. Apabila Dian memilih untuk mengorbankan hati sendiri, Zaqef pula merajuk dan menghilangkan diri. Persoalannya, Zaqef sebenarnya cintakan siapa? Si isteri, Dian Antasya atau si tunang, Ferra Nabila?