✿ UNSPOKEN LIE ✿ Pernah dengar perkahwinan itu kadang datang pada waktu tidak disangka-sangka? Itulah apa yang dialami oleh Haura Mardhia dalam sekelip mata. Niatnya hanya ingin membantu Eliyana, teman jatuh longkang bersama-sama merangkap matchmaker paling berjaya abad ini. Alih-alih dari calon palsu ke calon asli pelanggan Eliyana! "Awak kena kahwin dengan saya, Haura. Tak kira apa-apa pun terjadi." - ADAM Kata-kata Adam nampaknya termakbul tatkala Haura akhirnya bersetuju ingin mengahwini lelaki itu setelah berfikir lama. Namun, rahsia disimpan Adam buatkan Haura tidak tentu arah. Mengapa lelaki itu berubah? Apa yang disorokkan olehnya sehingga perlu lakukan dia sebegini? "You know you can't hide anything from me, husband." - HAURA "I know. That's why I keep my distance from you eventhough I'm dying to meet you." - ADAM Pergaduhan membawa kepada kebenaran. Satu demi satu kejadian yang berlaku berjaya membuka mata Haura. Mampukah Haura tetap berdiri utuh setelah mengetahui kebenarannya? Adakah benar cinta itu benar-benar membutakan mata orangnya? Ataupun, itu semua hanya dusta dicanang orang sekitar? Masihkah ada sinar di dalam perkahwinan mereka? Berjayakah rahsia antara mereka meruntuhkan perkahwinan yang dibina atas dasar kerelaan masing-masing? Jika dua jiwa sudah mula berpaling tadah, mohon hadirkan rasa cinta yang tidak kesudah, kerana kenyataannya perasaan tidak akan hadir kerana terpaksa