Dhia Nursyasya, setelah kejadian putus hubungan bersama Ezran. Dia mula sedar bahawa lelaki itu hanya mahu duit dan bukanlah cinta. Di hina oleh Ezran kerana muka yang breakout dan badan yang gempal buat dirinya bukan seperti dahulu, Dhia yang ceria dan semangat. Setelah 2 tahun, tiada apa yang berubah sehingga dia di ajak untuk melawati perarakan merdeka di Kuala Lumpur. Tiada angin tiada ribut, memori pahit bersama Ezran mula berputar apabila melihat para Vat 69 berarak. "Buat apa ni?" - Dhia Nur Syasya "Be happy, kami tak mulakan peperangan pun." - Inspektor Zayyad Eizyan Zayyad Eizyan, jejaka tampan dan manis. Merupakan salah satu ahli Vat 69 yang berpangkat Inspektor. Niatnya hanya untuk menggembirakan hati orang pada hari kemerdekaan, namun begitu gadis yang menangis pilu telah menarik perhatiannya. Tapi, ingatkan perjumpaan mereka sampai di situ sahaja..2 hari yang lepas! Rupa-rupanya berjumpa lagi dan berjiran? Mampukah mereka saling menahan perasaan yang bergelora di dalam hati mereka? Start - 1 Mac 2024 End -