Aku selalu tulis cerita yang indah-indah dengan harapan cerita aku bakal jadi indah seperti tulisan aku. Kata-kata kan satu doa... Tapi, cerita aku bukanlah seindah tulisan aku dan doa aku masih belum dimakbulkan. "Fhaliq is my husband." Orang yang aku sangkakan jodoh tu rupa-rupanya... Milik orang! Tak mahu merumitkan keadaan... Aku bawa diri. Tak fikir yang masalah tu ada kaki! "Untuk makluman, jiran depan rumah Kak Rose ni... Writer juga. Bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan buat Lily tak hilang fokus... Dia merupakan penulis yang anti cerita romcom." Nak lari daripada masalah buaya... Aku terjerat pula ke dalam mulut naga. Aku bertemu pula dengan E. Zahrin, musuh ketat aku! "Saya minta maaf atas semua kesalahan yang saya dah buat pada awak, lima tahun lepas, lima hari lepas, lima jam lepas mahupun... Lima minit yang lepas. Can we start over?" Tapi, kalau dah benci tu... Mana nak boleh tukar jadi suka dalam masa lima saat. Lagilah bila muncul pilihan yang lain yang lebih baik! "Yalah. Bila kena pilih antara dua, Lily pilih Kaka. Sebab itu pilihan yang selamat ke?" Bukan soal selamat, tapi... Tepat dan tak salah alamat. Masalahnya, takkan nak kena tulis berjuta patah perkataan barulah doa aku dimakbulkan? Ah, hidup ini... Kalau seindah kopi yang manisnya aku boleh ubah kan, mudah!