Dendangan suara hati, Pabila nyata menolak nafi, Allah senantiasa ada menjadi saksi. Cuba meromantisasi hidup, saat dunia mencurangi pertahanan atma, terhadap Tuhan jua diluah dan ditulis segala tenat diri. ----- Boleh baca tanpa paksaan dan ekspektasi yang menggunung. Setiap patah perkataan tersusun spontan, benar-benar terlahir di saat penulis hampir rebah dengan perasaan. Terkadang hadir dalam bentuk puisi, cerita pendek atau monolog hati. Genre pelbagai, bergantung kepada mood semasa. Boleh kongsi, mencuri jangan. Thank you in advance!