Rahsia tentang status walinya merupakan dilema yang menghalang Suci menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki - Bapa kandung Suci adalah datuknya sendiri! *************** "Tujuan hidup bukan dilahirkan untuk mati, bukan mengejar pahala supaya masuk syurga, bukan mengelak dosa supaya tak masuk neraka." ~ Suci "Kita dapat melihat bukan sebab mata, tapi sebab adanya cahaya." ~ Suci "Awak masih tak nampak hakikatnya? Kita tak miliki apa-apa di dunia ni. Awak tak miliki saya, saya tak miliki awak. Udara yang kita hirup ni pun kita perlu hembus semula." ~ Suci "Kebencian adalah sampah. Jangan simpan kebencian di hati. Nanti hati jadi busuk." ~ Kalimi "Awak ciptaan tuhan paling sempurna saya pernah jumpa. " ~ Kalimi "Saya cintakan awak kerana Allah! ~ Kalimi *************** Suci dan Kalimi, kisah cinta mereka adalah cinta platonik agung! Masing-masing menikmati cinta yang tak diluah. Sehinggalah Suci mengambil keputusan berpisah apabila Kalimi menyatakan hasrat mahu mengahwininya. Bagi Suci, perkahwinan hanya akan mendedahkan rahsia status walinya..