Hati yang beku mudah untuk dicairkan oleh orang yang tepat. Namun disebalik hati yang beku itu, terdapat beribu perasaan dan luka yang tersembunyi. Hidupnya sunyi tanpa kehadiran kasih sayang insan yang bergelar ibu. Kehidupannya hanya dihiasi memori pahit semenjak insiden kehilangan bapa dan abang yang dicintai. Dia tidak kenal erti kasih sayang apatah lagi erti cinta. Tapi takdir telah menetapkan bahawa dia akan bertemu si fulan yang mampu mengubah hidupnya dengan izin Tuhan yang Maha Esa. " Awak jangan risau. Meskipun awak tidak dapat kasih sayang daripada ibu tapi awak dah lama dapat kasih sayang daripada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... "
1 part