Pasangan kekasih yang bakal dinikahkan dinanti nanti oleh kedua dua belah pihak. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Namun, tipulah kalau mereka tidak pernah bergaduh sewaktu bertunang. Banyak halangan yang dilalui oleh mereka berdua sehingga membuahkan hasil percintaan mereka. Bukti cinta antara Latisha Sumayyah dan Muhammad Hanief. Kandungan yang dahulunya diusap penuh cinta, kini berubah hanya kerana kelahiran bayi itu tidak seperti bayi yang lain. Muka nya cacat, mempunyai tompok hitam disebelah muka yang mencacatkan kecantikan bayi itu. "Saya takkan pernah anggap budak hodoh tu anak saya! Tanam ayat saya dalam kepala otak awak!" -Latisha Sumayyah Kata kata yang amat menyakitkan buat Sang Anak yang lahir dari rahimnya sendiri. Mampukah Latisha Sumayyah menerima anaknya yang cacat rupa?