HARRIS ARMAN & DURRAH HALINA Perkahwinan atas tiket cinta yang mula mekar sejak di zaman belajar lagi, menyakinkan diri Haris bahawa dia mampu bertahan dengan sikap Durrah yang kadangkala... sukar untuk dijelaskan sikap paranoid dan posesifnya. "Setiap apa yang abang cakap mesti D akan putar belitkan. Tetap nak nampakkan yang abang salah dan D sentiasa betul. Kenapa D? Kenapa?" -Haris Arman Sekecil-kecil perkara menjadi asbab kepada sebesar- besar malapetaka dalam rumah tangga mereka berdua. "Abang penipu! Penipu! Penipu! D benci orang penipu! Semua penipu tak guna!" - Durrah Halina Tidak tahu mana silapnya, keteguhan cinta Haris semakin teruji. "Setelah satu demi satu yang berlaku, kau mash tak nampak ke how toxic she is in your life? Wake up, Ris. Ni baru dahi yang kau kena, entah lepas ni gunting pula sampai ke jantung kau!" Setabah manakah Haris mampu untuk terus bertahan? Adakah seharusya dari awal lagi dia perlu menarik diri? "You're too paranoid, D... Jangan sebab sikap ni, kita hilang segalanya." - Haris Arman