SMK MUTIARA merupakan sebuah sekolah berasrama yang khusus untuk pelajar perempuan. Diiktiraf sebagai sebuah sekolah berkluster kecemerlangan kerana memiliki rekod disiplin 'zero'. Namun terdapat rahsia yang hanya diketahui oleh penghuni asrama Permata Indah. NAYLA'S. Enam orang pelajar perempuan tetap dari tingkatan satu. Hanya mereka yang menjadi orang kepercayaan pengetua untuk mengubah gaya hidup pelajar asrama. Kehadiran NAYLA'S di Permata Indah langsung tidak disukai oleh anggota POD (Princess of Diva), kumpulan yang paling berpengaruh di SMK Mutiara. Bermula NAYLA'S bertukar kepada KHAISYAZ dalam satu malam. Dari berenam kini menjadi lapan orang. Lapan orang yang berbeza perangai bersatu membentuk satu kumpulan. Tetapi, kumpulan tersebut terpaksa dibubarkan kerana dendam lama berdarah semula. Tikam belakang? Dikhianat? Dituduh? Ditipu? Semua itu telah sebati dalam hidup setiap seorang ahli KHAISYAZ. Kehadiran sang 'hero' yang disangka dapat membantu rupanya menambahkan masalah. Bertahan atau berkorban? Pilihan manakah bakal dipilih oleh KHAISYAZ?