Ini kisah antara dua insan-- Khayla Afrina dan Khalida Athirah. Punya aliran darah yang sama. Namun dipisahkan oleh dugaan dunia yang menghempap keluarga. Demi nyawa puteri kedua mereka, Khalida Athirah di serahkan kepada keluarga angkat tika dia baru sahaja menginjak usia dua bulan. Perjanjian di antara keluarga kandung dan keluarga angkat di meterai; sebaik sahaja perniagaan Shahrul Anuar kembali stabil, akan di ambil kembali Khalida dan dia akan membalas jasa keluarga sahabat baiknya yang sanggup menjaga Khalida sepenuh hati biarpun mereka juga hidup secara sederhana. Tahun berganti tahun, tiada khabar berita daripada keluarga kandung Khalida. Khalida akhirnya semakin sebati dengan cara hidup keluarga Shahril Mustapha yang sederhana itu. Lama kelamaan Khalida di anggap seperti anak mereka sendiri oleh Shahril Mustapha dan Sumayyah. Berlainan dengan Khayla yang di tatang bagai minyak yang penuh, apa saja permintaan akan di turuti. Perniagaan Shahrul Anuar yang semakin membangun dan gah sehingga berjaya membuka syarikat besar membuatkan keluarga mereka kini hidup senang lenang. Keluarga Shahrul Anuar seakan hanyut di bedal ombak kemewahan, sehingga lupa akan perjanjian yang di buat dahulu bersama sahabat baiknya. Biarpun begitu, Khayla masih nekad mencari adik kandungnya kerana Khalida adalah harta yang paling berharga buatnya yang hidup seperti anak tunggal. Baginya, Khalida seakan-akan dianiaya oleh keluarga kandung sendiri. Khayla memulakan pencariannya secara rahsia demi menebus rasa bersalah yang bersarang di hati. Sebagai seorang kakak, Khalida adalah amanat dari Allah yang dia perlu lindungi. #235 in Teen Fiction - 1 Januari 2018