Bakri seorang yang langsung tak percaya kepada hantu atau benda-benda ghaib. Bukannya dia tak pernah dimomokkan tentang kewujudan makhluk dimensi lain itu tapi Bakri beranggapan percaya kepada semua itu adalah sesuatu yang kolot. Satu hari, selepas satu kejadian aneh dialaminya, Bakri mula diganggu suara sayup seekor burung yang kerap bermain-main di telinganya. Suara burung itu mengganggu hidupnya hari demi hari kerana rupa-rupanya dia seorang sahaja yang mendengarnya! Dan tanggapan Bakri tentang hantu dan alam ghaib mula berubah. Semuanya disebabkan burung itu. Setiap kali Bakri mendengar burung itu berbunyi, setiap kali itu juga ada seseorang yang berdekatan dengan Bakri akan mati. Suara burung itu seolah-olah tahu ajal seseorang akan tiba. Apa yang sebenarnya yang berlaku kepada Bakri? Dan benarkah burung kubur itu wujud?