Taqwa itu ada benihnya... untuk memberi manfaat dan kebaikan. Benih taqwa mesti ditanam agar ia tumbuh,subur dan berbuah... Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa. Buahnya akhlak yang mulia. Moga-moga kita dapat berakhlak dengan Allah dan berakhlak sesama manusia. Dan natijahnya harap-harap mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah dan kasih sayang sesama manusia. Moga dapat ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Nasib kita belum tahu....

Menangislah selalu
*********************
Kita patut selalu menangis
Mengenang nasib diri sendiri
Sebab kematian kita belum tentu lagi
Apakah di dalam iman atau sebaliknya
Kita patut selalu pilu
Kalaupun kita beramal
Belum tentu lagi diterima
Kalaupun kita dalam petunjuk
Tetapi belum tahu apakah sampai ke hujung
Kita tidak ada masa untuk ketawa
Walaupun kita bertaubat belum pasti diterima.

Menangislah selalu

Sebab penutup umur kita
Nasib kita belum tahu
Apakah Husnul Khatimah atau Su'ul Khatimah
Pintalah kepada Tuhan
Agar petunjuk-Nya sampai kesudah.*

Doa harian
************
Ya Allah, perbaikilah agamaku kerana ia merupakan pangkal urusanku, perbaikilah duniaku kerana ia merupakan penghidupanku, perbaikilah akhiratku kerana ia merupakan tempat kembaliku, dan jadikanlah hidup sebagai kesempatan untuk menambah setiap kebaikanku, dan jadikanlah mati sebagai pelepas diriku dari setiap kejahatan.

(Hadith Riwayat Muslim)
  • CsatlakozvaDecember 31, 2020



1 Reading List