FAzzahrah01

 #2 Sedikit perkongsian ^-^
          	
          	5) Menyatakan maksud untuk bahagian yang ditentukan / peruntukkan.
          	'Untuk' tidak boleh digantikan dengan 'bagi'.
          	
          	》Beg baharu ini 'untuk' adik. (/)
          	
          	》Beg baharu ini bagi adik. (X)
          	
          	》'Untuk' siapakah hidangan di atas meja itu? (/)
          	
          	》'Bagi' siapakah hidangan di atas meja itu? (X)
          	
          	6) 'Bagi' juga bermaksud sesuatu yang telah ditentukan / untuk.
          	
          	》Ayah telah memberi wang kepada saya 'bagi' membeli buku.
          	
          	7) 'Demi' dan 'untuk' boleh bertukar ganti apabila digunakan sebagai kata sendi nama.
          	
          	》Beliau berkhidmat dengan cemerlang 'demi' negaranya.
          	
          	》Beliau berkhidmat dengan cemerlang 'untuk' negaranya.
          	
          	8) 'Demi' tidak boleh bertukar ganti apabila berfungsi dengan kata hubung pancangan / komplemen.
          	
          	》Dia berusaha bersungguh-sungguh 'untuk' mencapai kejayaan yang cemerlang. (/)
          	
          	》Dia berusaha bersungguh-sungguh 'bagi' mencapai kejayaan yang cemerlang. (/)
          	
          	》Dia berusaha bersungguh-sungguh 'demi' mencapai kejayaan yang cemerlang. (X)
          	
          	》Adalah sukar 'demi' mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. (X)
          	
          	》Adalah sukar 'untuk/bagi' mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. (/)
          	
          	Sumber:
          	... Sinar Harian 4 April 2019
          	... @aimanharrisfirdaus

swnhenners

@FAzzahrah01 hey, sangat membantu untuk menulis. Thanks a lot. I wanna give you some love. Do you? Bosan tadi, then scroll you punya mb, then i terjumpa. Au, it helps me a lot.
Reply

 #1 Sedikit perkongsian ^-^
          
          Cara guna 'demi', 'untuk' dan 'bagi'.
          
          1) Demi = tujuan
          *Digunakan di hadapan kata nama / frasa nama.
          
          》Penduduk kampung mesti bersatu padu 'demi' kemakmuran negara.
          
          》'Demi' kebaikan bersama, marilah kita bekerjasama.
          
          》Ikutilah syarat-syarat ini 'demi' kelincinan syarikat.
          
          2) 'Demi' digunakan untuk urutan.
          
          》Satu 'demi' satu dia menyusun buku itu.
          
          》Kumulan 'demi' kumpulan ditumbangkan.
          
          3) 'Demi' sebagai penegas dalam ayat.
          
          》'Demi' Tuhan, aku tidak pernah melakukannya.
          
          4) 'Untuk' digunakan menunjukkan kegunaan sesuatu.
          'Untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'
          
          》Rumah (untuk/bagi) pekerja estet telah dibaiki.
          
          》Van itu (untuk/bagi) kakitangannya sahaja.
          
          Sumber:
          ... Sinar Harian, 4 April 2019
          ... @aimanharrisfirdaus
          
SignorinaRoselle

@ FAzzahrah  wow! Tenkiuu for the tips (^.^)
Reply

najjarshad_89

@FAzzahrah wow....nice info... kadang2 bnda simple mcm nie la yg kna tekankn tatabahasa Kita....tqsm sis..❤️
Reply

FAzzahrah01

Tips penulisan...
          
          1) Kalau nak letak ujar / soal / kata / ucap / etc...
          Letak huruf kecil selepas penutup kata ("). Titik (.) digantikan dengan koma (,).
          
          »» "Allah!" ucap Idris.
          
          »» "Mak tak apa-apa?" soal Khatijah.
          
          »» "Siti pergilah mandi. Kita mahu solat berjemaah nanti," arah Khatijah.
          
          »» "Lagipun, mereka tidak suka dengan pekerjaan aku yang dulu," ujar Mahmud.
          
          2) Selain penyambung di atas.
          Letak huruh besar selepas penutup kata (").
          
          »» "Mak tak apa-apa?" Anak perempuannya menegur.
          
          »» "Tak tahulah, mak."
          
          »» "Aku reda dengan musobah yang berlaku ke atas keluarga aku." Suara Idris diperlahankan.
          
          END
          
          Kebetulan hari tu Fazz pergi library, terfikir nak buat research tentang ni. Selama ni hentam keromo jer. Harap bermanfaat ^_^

FAzzahrah01

@farishavj welcome awak. It's my pleasure ;-)
Reply

farishavj

@FAzzahrah Alhamdulillah sis , sharing is caring ♡ .
Reply