Miss_Sarraaa

Dah update! Jemput baca! 
          	Untuk bacaan penuh klik link - https://my.w.tt/t21plObfN0  
          	
          	"Abang Hazreen, mana Kak Ammaya? Abang Hazreen kan bodyguard dia." Puteri Raihana menyoal sambil memandang Hazreen yang sedang memandu, masa inilah dia nak mengambil peluang untuk menatap wajah lelaki itu puas-puas. 
          	
          	"Dia bagi saya cuti untuk sehari."
          	
          	"Ohh..." Puteri Raihana hanya mengangguk, nasib perempuan baju ketat tu tak ada dalam kereta ni. Eh! Dia mana layan kereta macam ni, dia layan kereta jenis Lembu bernama Nini. Potcheh dan seangkatan dengannya. 
          	
          	"Kereta ni Abang Hazreen punya ke?"
          	
          	"Haah, saya beli sendiri."
          	
          	"Puteri nak tanya, sebelum abang jadi bodyguard. Abang Hazreen kerja apa?"
          	
          	"Saya baru habis belajar."
          	
          	"Ohh... Dekat mana, mesti seronok, kan?"
          	
          	"Dekat Australia."
          	
          	"Jauh tu! Hmm... Lagi satu."
          	
          	"Cik Puteri, awak ni memang tak penat eh? Saya penat jawab soalan Cik Puteri ni." Hazreen kalih memandang Puteri Raihana sebelum kembali fokus pada pemanduannya, Puteri Raihana hanya tersengih. 
          	
          	"Maaf. Saya memang macam ni, kadang-kadang papa gelarkan saya burung murai sebab tak boleh berhenti cakap," kata Puteri Raihana, dia bermain dengan keychain berbentuk BFF yang tergantung di beg sekolahnya. Keychain itu pemberian dari Denny semasa hari jadinya tahun lepas. 
          	
          	"Comel."
          	
          	Seketika tangan Puteri Raihana berhenti. Badannya kaku seperti patung cendana dan jantungnya mula membuat kerja dengan pantas sekali. 
          	
          	Dia sebut apa? Co... Comel ke? Gila! Putera Hazreen ni memang menguji kesabaran imannya, oh no. Papa, Puteri nak kahwin!

Miss_Sarraaa

Dah update! Jemput baca! 
          Untuk bacaan penuh klik link - https://my.w.tt/t21plObfN0  
          
          "Abang Hazreen, mana Kak Ammaya? Abang Hazreen kan bodyguard dia." Puteri Raihana menyoal sambil memandang Hazreen yang sedang memandu, masa inilah dia nak mengambil peluang untuk menatap wajah lelaki itu puas-puas. 
          
          "Dia bagi saya cuti untuk sehari."
          
          "Ohh..." Puteri Raihana hanya mengangguk, nasib perempuan baju ketat tu tak ada dalam kereta ni. Eh! Dia mana layan kereta macam ni, dia layan kereta jenis Lembu bernama Nini. Potcheh dan seangkatan dengannya. 
          
          "Kereta ni Abang Hazreen punya ke?"
          
          "Haah, saya beli sendiri."
          
          "Puteri nak tanya, sebelum abang jadi bodyguard. Abang Hazreen kerja apa?"
          
          "Saya baru habis belajar."
          
          "Ohh... Dekat mana, mesti seronok, kan?"
          
          "Dekat Australia."
          
          "Jauh tu! Hmm... Lagi satu."
          
          "Cik Puteri, awak ni memang tak penat eh? Saya penat jawab soalan Cik Puteri ni." Hazreen kalih memandang Puteri Raihana sebelum kembali fokus pada pemanduannya, Puteri Raihana hanya tersengih. 
          
          "Maaf. Saya memang macam ni, kadang-kadang papa gelarkan saya burung murai sebab tak boleh berhenti cakap," kata Puteri Raihana, dia bermain dengan keychain berbentuk BFF yang tergantung di beg sekolahnya. Keychain itu pemberian dari Denny semasa hari jadinya tahun lepas. 
          
          "Comel."
          
          Seketika tangan Puteri Raihana berhenti. Badannya kaku seperti patung cendana dan jantungnya mula membuat kerja dengan pantas sekali. 
          
          Dia sebut apa? Co... Comel ke? Gila! Putera Hazreen ni memang menguji kesabaran imannya, oh no. Papa, Puteri nak kahwin!

Miss_Sarraaa

Dah update! Jemput baca! 
          
          Kesian ikan tu Puteri oi! 
          Bacaan penuh klik link ni - https://my.w.tt/D0miOvzGI0
          Teaser : Cinta Untuk Tuan Putera
          
          "Maya, kamu dah buat keputusan yang papa cakap semalam." Encik Rashiq meletakkan sudunya di atas pinggan makan. Lalu tumpuannya beralih pada Ammaya yang sedang makan, terus hilang selera Ammaya, dia mendengus pelahan.
          
          "Perlu ke papa buat syarat macam ni?" soal Ammaya, bengang.
          
          "Perlu, dia banyak berjasa pada keluarga kita!" kata Encik Rashiq.
          
          Puteri Raihana hanya jadi pemarhati musyuarat antara dua beranak itu, tak baik masuk urusan orang tua. Nanti dikata derhaka pula.
          
          "Papa tak boleh buat Maya macam ni! Papa taukan Maya dah ada boyfriend?" 
          
          "Aidil? Boyfriend apa macam tu, berkebit saja. Itu Maya nak dia jadi suami Maya?" Kali giliran Encik Rashiq membidas kata-kata anaknya, macam mana tak marah. Kalau Aidil tu hanya nak ambil kesampatan atas kekayaan keluarganya. Bukan ikhlas pun.
          
          Puteri Raihana yang mendengar perbualan itu mengangkat kening, papa dan Kak Ammaya bincang soal jodoh? Menarik ni.
          
          "Sebab dia berjasa pada kita. Papa dah nak kenankan Maya dan budak Hazreen tu?" Kata-kata Ammaya membuatkan nasi yang disua ke dalam mulut Puteri Raihana tersekat di kerongkong.
          
          "Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Puteri Raihana menepuk dadanya akibat tersedak. Hailah, masa-masa macam nilah benda tak sepatut dibincangkan.
          
          "Kamu okey Puteri?" soal Encik Rashiq, cemas.
          
          "Okey-okey! Ikan ni banyak sangat tulang dia, tak guna punya ikan..." Puteri Raihana kemam bibir, maafkan aku ikan si kolol. Kau dipergunakan untuk kedua kalinya.

Miss_Sarraaa

Jemput baca guys!!!
          
          Adoi! Sis tak boleh dengan dua beradik ni
          
          Untuk bacaan penuh klik link - https://my.w.tt/Ix6P6h3PG0 
          Teaser : Cinta Untuk Tuan Putera.
          
          "Jom."
          
          "Papa, Maya naik kereta Maya ya." Ammaya mula memintas saat dua beranak itu ingin melangkah, dia rimas sebenarnya nak naik satu kereta dengan Puteri Raihana. Kerena mesti papanya akan berborak panjang dengan anak bongsunya itu, sedangkan Ammaya seperti tunggul hanya memerhati.
          
          "Nak naik sekali dengan Kak Ammaya boleh!"
          
          "What?" Ammaya membulatkan mata saat mendengar permintaan adiknya itu.
          
          "Haih, tak nak naik dengan papa?" Encik Rashiq berura-ura mahu merajuk.
          
          "Nak... Tapi, Puteri nak naik dengan Kak Ammaya! Puteri nak rasa naik Ferarri," jawab Puteri Raihana sambil mengedipkan kedua kelopak matanya.
          
          "Yalah. Ammaya, pergi bawa Puteri ni." 
          
          Ammaya mendengus tak puas hati.
          
          "Tapi pa..."
          
          "Pergi!" tegas Encik Rashiq memberi arahan. Puteri Raihana tersenyum kemanangan, dengan tak rela hati Ammaya berlalu pergi ke keretanya dan diikut Puteri Raihana dibelakangnya.
          
          Makin melebar senyuman Puteri Raihana tatkala wajah tampan Hazreen menyapa di hadapannya, Hazreen menunduk sedikit bila Ammaya sampai di depannya. Lalu dia membuka pintu penumpang belakang untuk beri laluan pada majikannya, selepas Ammaya masuk. Hazreen melakukan perkara sama untuk Puteri Raihana.
          
          Aku Tuan Puteri guys! Tuan Puteri!
          
          "Eh! Eh! Kau tak ngada nak buka pintu untuk budak tu ya, dia ada tangan nak buka sendiri." Ammaya menghalang Hazreen saat lelaki itu mula memangang pada tombol pintu kereta tersebut.
          
          "Tapi dia majikan..."
          
          "Aku bos kau ke atau dia bos kau?" 
          
          Ammaya menjengkilkan mata pada Hazreen dan Hazreen menunduk. "Baiklah." Hazreen terus berlalu ke tempat pemandu. Tidak berani melawan kata, Puteri Raihana kemam bibir lalu dia menghentakkan kakinya geram.
          
          Tak guna!

Miss_Sarraaa

Jemput baca cerita saya saya watak Puteri Raihana memang melucukan
          
          Teaser.
          
          "Hey! Perempuan, kau buat apa berdiri tercegak dekat situ? Kau tahu tak. Kau dah halang laluan aku."
          
          
          
          Puteri Raihana hanya berdiam, melihat adiknya tidak bergerak itu. Ammaya terus melanggar bahu Puteri Raihana tanpa belas kasihan.
          
          
          
          "Tepilah budak!" Perkataan terakhir sebelum Ammaya mula pergi dari situ. 
          
          
          
          Puteri Raihana hanya memandang sekilas kereta Ferrari bergerak pergi dari perkarangan rumah mereka. 
          
          
          
          "Dahlah baju ketat macam ahli neraka, ada hati nak langgar kita ahli surga ni." Puteri Raihana mencebik, tak heran langsung dia dengan hinaan Ammaya itu. 
          
          https://my.w.tt/3GUI66GKMZ