Pineapplesmoothiess

Berjuta bintang berkelipan
          	menghantar kebahagiaan
          	jauh dari segala perasaan
          	yang bakal menyesatkan 
          	tenggelam dalam keduniaan
          	tanpa pengakhiran
          	
          	bicaranya tetap bersuara
          	sepanjang zaman bercahaya
          	setiap mata yang membaca
          	bersinar seluruh jiwa
          	tiada luka kecewa
          	
          	penawar segala derita
          	pembawa semua cerita
          	tiap huruf terkandung cinta
          	yang kekal sampai Syurga
          	
          	Kalam daripada Dia
          	Tuhan yang Maha Kaya 
          	moga tergolong kita
          	bersamanya sentiasa
          	
          	Selamat menyambut nuzul quran
          	
          	~Syirah

Pineapplesmoothiess

Berjuta bintang berkelipan
          menghantar kebahagiaan
          jauh dari segala perasaan
          yang bakal menyesatkan 
          tenggelam dalam keduniaan
          tanpa pengakhiran
          
          bicaranya tetap bersuara
          sepanjang zaman bercahaya
          setiap mata yang membaca
          bersinar seluruh jiwa
          tiada luka kecewa
          
          penawar segala derita
          pembawa semua cerita
          tiap huruf terkandung cinta
          yang kekal sampai Syurga
          
          Kalam daripada Dia
          Tuhan yang Maha Kaya 
          moga tergolong kita
          bersamanya sentiasa
          
          Selamat menyambut nuzul quran
          
          ~Syirah

Pineapplesmoothiess

Jalan cerita hidupmu penuh teka-teki
          Sarat derita mengundang curiga pada diri
          
          Belum habis kau hela nafas lega 
          Kembali ditampar sengsara
          Puas kau mengeluh tanpa sudah
          
          Engkau masih pejuang 
          Berwajah ceria di balik resah
          Kerana masih kau yakin pada pengatur cerita nan mahakarya
          
          Episod lara ini hanya secebis karya-nya
          Mengajar kau percaya it’s okay to not be okay
          
          Sempurna serpihan teka-teki hidupmu
          Diiring babak air mata duka.
          
          
          -Syirah

Pineapplesmoothiess

Akhir zaman ini 
          yang penuh dengan fitnah bertaburan
          segalanya dipalsukan dan menimbus kebenaran,
          jarum-jarum zionis disuntik ke 
          dalam politikal rakus 
          untuk kehancuran 
          memecahbelahkan perpaduan,
          di hujung hayat dunia ini,
          yang benar menjadi antagonis ketika cuba menegakkan yang haq,
          yang kejam menjadi wira ketika yakin mengangkat yang batil,
          ketahuilah sekalian alam,
          ketahuilah sekalian manusia dan 
          ketahuilah sekalian musuh,
          waktu yang berdetik ini 
          semakin menghampiri 
          akan datang panji-panji hitam dari Timur 
          keluar dari Khurasan seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi 
          dengarkan musuh yang hina,
          mereka akan membunuh kamu dengan pembunuhan yang belum pernah dilakukan terhadap mana-mana kaum,
          dan dengarkan saudaraku,
          apabila kamu melihatnya, 
          maka berbai’ahlah kepadanya 
          walau terpaksa merangkak di atas salji,
          kerana dia adalah khalifah Allah 
          dialah Al-Mahdi. 
          
          شِيرَح

xin-huan

@pineapplesmoothiess masa sekarang.. Ramai suka fitnah orang lain.. Kena hati hati 
Reply

Pineapplesmoothiess

Bom yang berterbangan berisi kekejaman
          mencabut nyawa yang tidak berdosa,
          tipu muslihat yang cuba mengaburi penglihatan
          menentang sehabis-habisnya keimanan,
          apakah kita buta? 
          apakah kita takut akan perjanjian? Ikatan?
          apakah kita takut hilangnya keselesaan yang sudah kita biasakan? 
          senjata kita lebih tajam dari sekadar sebutir peluru yang mereka hantarkan,
          percayalah dengan apa yang dijanjikan 
          ini semua rasian yang masih belum dikejutkan,
          sungguh aku malu kerana tidak dapat berbuat apa-apa 
          sungguh tidak berdaya diri ini melihat saudaraku meneteskan air mata jentaka 
          begitu tebal imanmu cukup kukuh kesabaranmu saudaraku 
          menentang musuh kita hingga ke akhir nyawa
          sedangkan aku masih terpuruk di bawah naungan kuasa yang dusta
          lalai dibawa arusnya dunia,
          izinkan aku Tuhan, jika tidak saat ini mungkin suatu waktu dapat turut ku bersama dengan mereka. 
          
          
          ~STAND W PALESTINE

Pineapplesmoothiess

Dengarkan musuhku,
          mungkin kamu dapat menghancurkan 
          kediaman mereka
          tapi tidak pada iman yang kuat
          menegakkan agama,
          kamu membolak-balikkan tragedi 
          memalsukan situasi 
          fitnah yang kamu hamburkan agar semua 
          mempercayai, masih lagi tidak dapat 
          menghakis walau seinci iman di jiwa saudaraku
          yang terpilih di jalan ini,
          ketahuilah propagandamu akan berakhir 
          bila tibanya waktu yang dijanjikan,
          rakusnya nafsumu akan mimpi yang sementara
          pasti dikejutkan nanti dengan 
          cahaya kebenaran yang nyata.
          Ketahuilah musuhku,
          tangisan pada anak-anak kecil ini 
          akan menjadi laungan takbir yang 
          akan menewaskanmu. 
          
          Yang mendoakanmu sentiasa dan selamanya 
          ~syirah
          
          

Pineapplesmoothiess

Selaras senapang atau pengecut bergerombolan, ia hanya menembus jasad.
          
          Namun gentarlah akan panah
          yang menembusi tujuh lapisan langit,
          senjata terkuat zaman-berzaman
          akan menyelamatkan mereka
          yang kau tindas
          sedalam tujuh lapisan bumi.
          
          Ini laungan untukmu gentar
          yang sudah ku tahu hatimu telah ketar.
          
          Tangan kami berqunut nazilah,
          hati kami memandang langit,
          kepercayaan kami wujud
          bahawa kamu bakal direjam perit.
          
          Suara kami yang kau akan dengar,
          hiduplah selagi mampu,
          selama mana ini adalah syurgamu,
          namun penjara mereka itu hanya sementara,
          merdeka telah menjadi milik para syuhada'
          malapetaka rejim zionis menanti kelak.
          
          
          ~ش

Pineapplesmoothiess

“Kalau sampai waktuku,
          tataplah jumantara yang membiru,
          ungkapkan aksara 
          yang pernah kubina di masa lalu,
          genggamlah tali 
          yang telah ku hulur padamu,
          percaya akan kekuatan 
          di dalam jiwa selira yang membisu,
          waktu itu,
          aku tidak dapat lagi 
          berada di sampingmu,
          tapi kau masih punya bait-bait puisiku 
          untuk kau dendangkan ketika kau 
          sedang merindu,
          aku akan mendengarnya 
          di alam yang tidak dapat kita bertemu”.
          
          ~ش

Pineapplesmoothiess

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          
          Ku tutup bulan September dengan penuh rasa syukur. Terima kasih untuk semua yang terjadi di bulan ini, banyak mengajar erti sabar dan ikhlas semoga menjadi penutup yang indah. 
          
          Semoga di bulan October diberikan kebahagiaan kesihatan, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dilancarkan segala urusan baik dunia mahupun akhirat sana