nroseaisyh

Assalamualaikum dan hai! Come and visit my account, nroseaisyh dan singgahlah di jendela KAIROS hehe!
          
          "Bapa, jika... akarnya sudah terlalu reput, adakah bapa akan izinkan Kai untuk mencabut akar itu dan digantikan dengan pohon yang baru?" - Tuanku Arzelleon Eldean Philins Gin
          
          Baktinya dijulang namun namanya umpama bayang. Hilang apabila matahari bertandang. Budinya disanjung namun kemuliaannya bagaikan kejung. Beku sejuk meski berjuta perang dia bertarung. Namun, keluhuran rakyatnya dipijak penuh nista di depan mata, mengubah setiap derap kaki yang dibuka.
          
          Sehingga menenggelamkan segala yang terbuku dalam jiwa.
          
          "Kau tipu aku, Kai." - Azara Derina
          
          "Jaga adabmu, wahai gadis muda. Beta bukan lagi Kairos yang kau kenali, dan sekarang beta ialah lelaki yang kau impikan untuk bertemu dahulu. Beginikah caramu berhadapan dengan sebuah impian?" - Tuanku Arzelleon Eldean Philins Gin
          
          Benar kata ayahandanya dahulu—
          "Dunia tidak akan berlembut dengan kamu meskipun kamu hanya sekecil benih pohon."
          
          Menjadi raja kepada manusia usah bertongkatkan hawa nista, kerana amanahmu bukannya segenggam batu.
          
          •••
          
          Terima kasih!