laylastarla

new chapters !!!
          	I just published "13︱endless laughter, with you" of my story "till our paths cross again.". https://www.wattpad.com/1478876238?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=laylastarla

laylastarla

chap 8 is out !!
          
          "Jadi kenapa kau dah tak nak tengok langit? Bosan ya?" soal Qasih bersahaja.
          
          Rayfal mengulum senyuman pahit, mengerti makna tersirat di sebalik soalan itu.
          
          "Langit tak selalu biru untuk aku."
          
          "Dah tu? Hijau? Kuning?" soalnya bertalu-talu.
          
          "Kelabu. Mendung. Suram."
          
          Sunyi menyelinap di sebalik atmosfera selepas tiga diksi itu terluah dari bibir Rayfal. Lama juga bibir kedua mereka terkatup rapat dialas sepi.
          https://www.wattpad.com/story/370261444

laylastarla

Tinggi.
          
          Kalau terjun mesti mati.
          
          Rayfal merenung lama pemandangan dari atas rooftop hospital. Sabtu yang tak lari dari kesesakan lalu lintas. Jalan raya yang penuh dengan berbagai warna dan jenama kereta dari altitud ini kelihatan seperti busut semut sahaja.
          
          Panahan matanya kini beralih pula pada langit yang membiru dengan kepulan awan putih yang menggebu. Rayfal punya mimpi, untuk merebahkan kepala di dalam kambusan awan buat seketika. Pasti selesa. Nyaman. Pasti itu menjadi tidurnya yang paling tenang, tanpa diselebungi igauan ngeri yang membebankan.
          
          Mimpi yang tak mungkin ternyata.
          
          Sama seperti semua mimpi-mimpinya yang tak pernah terwujud. 
          https://www.wattpad.com/story/370261444

laylastarla

suprise !! okay this one i promise i'll finish it asap okayy
          I just published "01︱monyet" of my story "till our paths cross again". https://www.wattpad.com/1450880935?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=laylastarla