
ms-lily
Sombongnya Aku begitu sombong aku pada Tuhanku, berkali-kali Dia menegur, namun aku berpaling, mengendahkan Nya dengan hati yang beku. setiap kali hati terdetik, namun diri tetap angkuh, terlalu lalai untuk sujud, terlalu alpa untuk tunduk. mungkin kerana aku terus mencabar, menyangka segalanya dalam genggaman, lalu duka jadi teman, kerana bahagia tidak Dia titipkan. bukan Dia yang menjauh, akan tetapi, aku yang tidak kembali. ms. lily 29/4/2025 (hanya melepaskan rindu untuk menulis)