mynameismas

~Kebebasan bukan sekadar satu ungkapan.Ada kenangan,cinta,luka,petualangan dan tempat untuk kita pulang.Ada juga kami yang mencuba untuk memperbaiki keadaan dengan cara yang sederhana tapi tidak kenal erti lelah.Ayuh..gandingkan bahu-bahu kita kerana masih ramai saudara kita yang memerlukannya sebagai tempat untuk bersandar~
          	
          	Kisah Andra,Erza,Gray,Ten,Leo,V dan Aria  yang berjuang dengan cara mereka sendiri untuk menentang penindasan Empayar.Mampukah mereka?
          	
          	

mynameismas

~Kebebasan bukan sekadar satu ungkapan.Ada kenangan,cinta,luka,petualangan dan tempat untuk kita pulang.Ada juga kami yang mencuba untuk memperbaiki keadaan dengan cara yang sederhana tapi tidak kenal erti lelah.Ayuh..gandingkan bahu-bahu kita kerana masih ramai saudara kita yang memerlukannya sebagai tempat untuk bersandar~
          
          Kisah Andra,Erza,Gray,Ten,Leo,V dan Aria  yang berjuang dengan cara mereka sendiri untuk menentang penindasan Empayar.Mampukah mereka?
          
          

mynameismas

Seorang disumpah kerana menyebabkan kematian sementara seorang lagi disumpah kerana kembali dari kematian.Dan masing-masing bertekad tidak akan tunduk kepada takdir mereka sendiri.Namun,apakah yang akan terjadi pada saat takdir mereka bersilang antara satu sama lain?
          
          "Apa sahaja asalkan anak saya selamat."
          
          "Aku tidak perlukan apa-apa hanya kahwinkan anakmu dengan puteraku."
           #Remake mitos Beauty & The Beast versi mynameismas.I am bad at making description,jadi bacalah atas tanggungan risiko anda sendiri.

mynameismas

Kerana mulut badan binasa.Bengang asyik ditanya soal jodoh,Izdan terlepas kata bahawa dia akan memperkenalkan bakal isterinya pada sambutan hari lahir neneknya yang ke-60 tahun demi mengelakkan diri daripada dijodohkan dengan gadis pilihan keluarga.Untuk menyelamatkan dirinya,dia terpaksa mencari seorang gadis yang sifat dan sikapnya sama sekali tidak disukai oleh sang nenek bagi mengelakkan keluarganya daripada menyukai gadis tersebut.Dan calon terbaik bagi Izdan adalah Embun Kasuma,rakan sekuliahnya semasa zaman universiti dahulu.Berjayakah lakonan mereka menyelamatkan Izdan daripada bahana janji tidak berasasnya itu?
          
          # ISTERI SEGERA ENCIK TENGKU
          
          * tengah mencari semula mood yang rata-ratanya dah ke laut.Publish la jg cerita apa adanya.Klise?? Iya la kut..tp mmg betul genre mcm ni rasa-rasa tak berapa nak jalan.Cuma nak panaskan enjin yang dah lama berkarat.Nanti pandai hilanglah cerita ni dari wattpad kalau akak dah bosan .

mynameismas

Berita baik buat yang mengikuti Trilogi Last Hunter.Alhamdulilah. Last Hunter:The Beginning telah terbit dalam bentuk audiobook hasil kerjasama team Pogo Fm.Lepas ni kalau rasa-rasa tak ada mood nak membaca,bolehlah cuba audiobook pula.Macam-macam cerita ada.Pasangkan earphone sambil baring-baring,bolehlah anggap ada seseorang sedang membacakan bedtime story. Lebih kurang mcm kita dulu-dulu masa Tok atau nenek bercerita sebelum tidur.Ada background sound lagi.
          # Ilustrasi Ara dalam cover audiobook ni jauh lebih cantik daripada Ara dlm imaginasi sy tau..Terima kasih team Pogo Fm.
          
          https://m.pogo.fm/album/8165262850?s_locale=en_GB

AriatiUsman9

@mynameismas sibuk sgt ..crta bru tu pn blm hbs baca 
Reply

mynameismas

@AriatiUsman9 Alhamdulilah..Terima kasih..lama tak dgr khabar 
Reply